Nak & Tak Nak
FYI, my dearest encik hubby ni pun bukannya saja2 nk kensel
laa our holiday plan.. Plan ke mana?.. dekat2 aja.. kalo jadi nanti I update
lain yea… Tp reason utama, sbb kitorang ada jemputan kenduri arwah mak sedara
encik hubby. Hmmmm…
FYI, my dearest encik hubby ni pun bukannya saja2 nk kensel
laa our holiday plan.. Plan ke mana?.. dekat2 aja.. kalo jadi nanti I update
lain yea… Tp reason utama, sbb kitorang ada jemputan kenduri arwah mak sedara
encik hubby. Hmmmm… Posted by Heart at 10/19/2011 07:19:00 PM 0 comment
Antara barang2 kategori nak buang ke nak simpan.. takut nk pakai in future kena beli lain pulak.. kan membazir namanya.. Kebanyakkannya barang2 yg digunakan utk menzahirkan idea2 kununnya kreatif milik kami bila diperlukan.. hehehe
Ini adalah kawasan yg terlibat.. so my team terpaksa berpindah ke tempat yg baru.. Bole nmpak kan meja2 agak berselerak ketika ini.. semua org dah kalut nk pindah sbb lepas tu cukup time dah nk balik.. its friday anyway..
Kenapa pegang flag..? Tanda protes..? Tanda surrender..? Tanda suka..?.. hahaha.. aku sedang menghibur hati yg lara.. berat hati kena mengalah.. x bole nk buat apa dah.. terpaksa.. huhuhu.. anyway, flag tu hasil kreatif idea me & my frens utk aktiviti department yea.. Kan I dah kata.. kami mmg suka buat benda2 mcm ni hehehhee
Udah siap berkemas.. semua PC & barang2 lain dah pun di transfer ke tempat lain.. sedeynyaa.. lepas ni tinggal tapak kasut jer laa kot.. huhu
Selamat tinggal cubicle kesayangan.. pasrah ni.. terpaksa berpindah.. tak de dah port yg paling cunzz.. yg paling best.. yg paling strategic.. uwaaaaa.. lepas ni dah susah nk makan di tempat sendiri.. nak tdo pun susah (i mmg take a nap bila terlampau ngantuk).. nk sembang dgn geng2 / jiran2 ngam pun dah x bole dah.. huhuhu
Dan sebelum balik.. snap laa gambar diri sendiri buat kenangan terakhir.. no more banglo cubicle for myself anymore.. sob sob..
Masuk kerja this Monday.. di sini laa cubicle baru aku.. Lot Semi D yg bakal menjadi tempat bekerja ku yg baru.. kawan2 dah lama tp baru berjiran.. hmmm.. harap2 tidak spoil mood aku sepanjang tahun.. amin..Posted by Heart at 10/17/2011 01:40:00 AM 2 comment
Inilaa dia tetamu yg datang.. bikin tergezut semua org pagi2... silap aribulan bole kena heart attact tau...
Kasi close up ckit.. haaaa.. inilaa dia ular sawa batik yg kekenyangan.. abis ditelannya seekor ibu angsa.. Cer tgk bahagian perut yg mengelembung tu.. Dats y dia bersidai jer di tepi pagar, dah x muat nk lalu kot lubang2 pagar tu dek kekembongan.
Semua ahli keluarga sedang mengepung si penjenayah (curi & makan angsa kami).. Tapi tgk dari jauh laa.. walaupun kenyang & duduk melepak di tepi jer.. x semestinya merbahaya yea.. so langkah keselamatan tgk dari jauh jeaa.. hehehe
Mereka ni laa pasukan penyelamat.. org2 yg biasa menangkap haiwan2 bisa spt ular ni.. Diorg ni dtg x sampai 5min dah dpt cekup si ular sawa. Easy peesy jer.. Mmg sgt2 experienced. Tp nk buat kerja ni mmg memerlukan 2 org standby.. Sorang cekup kepala, sorang pegang ekor.. Jgn pandai2 nk buat sorang2 yea.. U cannot imagine the strength of this creature yea.. Bila dia mula belit.. bole patah tulang temulang kita.. So this is a warning.. Don't try to do this at home..!!!
Bila sang ular telah tertangkap.. baru laa bole tgk dekat2 yea.. kira besar jugak laa ular sawa ni.. Maybe berat mencecah 20 kilo.. huhu
Proses memasukkan ular ke dalam guni.. Terpaksa buat few times sbb guni agak kecil.. si ular ni of course laa bersusah payah nk lepaskan diri kan.. So kena extra be carefull.
Sang ular telah selamat dimasukkan ke dalam guni.. Diikat dan dibalut 2 kali.. Rasanya diorang ni akan bawak si ular utk dijual di restoran2 cina kot.. Mahal jugak price si ular ni.. Tp kami mmg laa x ambik duit tu kan.. Budak2 yg tangkap ni laa yg ambik.. Diorang ni dah tolong tangkap without upah pun dah kira alhamdulillah.. fuhhh.. lega..
Rasanya sang ular tu dah meloloskan badan ke dalam reban angsa melalui lubang ni laa.. Lubang ni x besar sgt, tp dah namanya ular yg berbadan licin.. senang jer laa kalo dia nk masuk.. kan..
Ni laa tempat kejadian.. si angsa yg x berdosa menjadi mangsa.. sedang asyik mengeram telur.. last2 jadi mangsa makanan si ular berbisa.. Nak buat mcmana kan dah rezeki si ular tu..Posted by Heart at 10/16/2011 08:13:00 PM 0 comment
Posted by Heart at 10/15/2011 10:37:00 PM 0 comment
Labels: Macam2 Darwisy, Unexpected
Posted by Heart at 10/15/2011 09:25:00 PM 0 comment
Posted by Heart at 9/29/2011 09:45:00 AM 1 comment
Posted by Heart at 7/01/2011 10:37:00 PM 0 comment
Labels: Hobby
Xder kaitan dgn hantu mak limah.. kisah ni pasal hantu yg kiut miut.. gila kentang bila jumpa buah durian.. sapa lagi kalo bukan my lil' prince, Darwisy.. sejibik mcm umi dia gak.. abi mmg reject terus dgn bau durian.. iskk iskk.. rugi sungguh kan..
Jom layan picas..
Ni rahsianya.. anak I bole makan durian berulas-ulas.. minum air dari pangsa durian tu sendiri.. petua org dolu2 bg menyejukkan badan (sebelum & selepas makan durian)Posted by Heart at 7/01/2011 09:48:00 PM 1 comment
Labels: Makan Time
Hmmm.. mana patut ku mula.. sebuah rasa.. sebuah rahsia.. yg x tahu ku luahkan di mana.. Beban.. terasa beratnya.. senak dada ku memikirkannya.. kalo laa bole ku luahkan.. pada siapa..? Kadang kala aku rasa bersalah.. kenapa harusku bebankan org lain.. sedangkan aku sendiri adakalanya x kuat menanggung.. ini kan org lain yg belum tentu memahaminya.. Diam.. dan terus diam..
Pura-pura.. aku masih berpura tidak ada apa yg bakal berlaku.. sampai bila perlu aku berdusta.. pada diri sendiri.. aku tidak secekal yg nmpak.. aku memendam rasa.. sampai bila..? Reda.. mungkin kah..? Aku gementar memijak langkah.. Ibarat ombak membelah pantai.. tidak terduga hempasannya..
Aku mengisafi diri ku.. kerdilnya aku.. x tertanggung ujianMu.. Andainya ia datang sbg mencuci dosa.. sesungguhnya aku redha.. Ya Allah.. permudahkan laa perjalanan ku.. kuatkan semangatku menempuh ujianmu
Terima kasih buat si dia yg cuba memahami.. seluas lautan sayang ku buat mu.. hadirmu adalah kekuatan nadi ku..
Posted by Heart at 6/23/2011 07:13:00 PM 2 comment
Labels: Pot Pet
Dah 2 weeks I tonton drama Skrin Di 9 pada setiap hari Rabu.. citer2nya sgt menarik. Semalam telah ditayangkan drama yg berjudul Selumbar Kasih... lakonan Izara Aishah, Beego, Aznah Hamid, Shahruddin Thamby.
Sinopsis :
Mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja bernama Zulaikha yang cuba membantu keluarganya yang miskin dengan menjadi seorang tukang cuci dan pekebun di rumah Datuk Mustafa... Zulaikha telah jatuh cinta dgn anak Datuk Mustafa, Azlan. Malangnya cinta mereka tidak direstui oleh Datin, ibu Azlan kerana perbezaan darjat..?
Dato' & Azlan amat mengagumi keluhuran hati budi serta peribadi Zulaikha. Azlan telah jatuh cinta pada Zulaikha dan melamarnya secara peribadi di rumah ibu bapa Zulaikha. Bila ibu Azlan dpt tahu tentang hubungan mereka, terus ditohmahnya Zulaikha dgn pelbagai penghinaan. Terasa maruah Zulaikha dipersendakan, dia mengajak kedua org tuanya berpindah ke Jordan (rumah abgnya) sambil meneruskan pelajaran di sana. Zulaikha merupakan penuntut jurusan undang2.
Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara Dato' & Datin menyebabkan Dato' mengingatkan kembali siapa dirinya sebelum berkahwin dgn Dato'. Azlan yg terlalu mencintai Zulaikha telah berusaha mencari & menunggu Zulaikha, malangnya dia & keluarganya telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Setahun berlalu, peristiwa kehilangan Zulaikha telah menghancurkan hati Azlan menyebabkan hidupnya tidak terurus dan terus jatuh sakit hingga terlantar di kerusi roda. Keadaan Azlan menginsafkan ibunya agar tidak merendahkan cinta suci anaknya terhadap Zulaikha.
Tanpa Azlan, Dato' terpaksa menguruskan syarikat mereka yg semakin merosot dan menghadapi pelbagai jenis saman. Sehinggalah satu hari Dato' berurusan dengan pejabat guaman kerana isu saman terhadap pejabatnya dan peguam yang menguruskan kesnya ialah Zulaikha. Dato' berjaya mendapatkan alamat rumah Zulaikha dan membawa Datin & Azlan berjumpa keluarga Zulaikha. Reaksi Datin agak terkejut dgn rumah besar yg didiami Zulaika menunjukkan perubahan hidup mereka. Walaupun kehadiran mereka disambut baik oleh keluarga Zulaikha, namun Zulaikha sendiri tidak menyenanginya.
Bila Azlan muncul di atas kerusi roda barulah muncul perasaan serba salah Zulaikha. Ibu Azlan merayu Zulaikha membantu Azlan dan kerana ehsan dan kesungguhan Zulaikha, Azlan kembali normal semula selepas beberapa bulan berlalu.
Pengakhiran citer ni tidak laa seperti yg diharapkan.. walaupun Azlan sembuh dari sakitnya, Zulaikha tetap tidak menerima Azlan semula. Apa yg telah dikorbankannya utk menjaga Azlan hingga sembuh cuma sekadar atas dasar kemanusiaan. Zulaikha tidak mahu pisang berbuah 2 kali dan memohon agar Azlan mendoakan kebahagiannya.. The End.
My comment :
Kalo laa watak Zulaikha bole dilakonkan oleh actress lain mcm Tiz Zakiah, Fasha Sandha or Faradiya, Tasha Shila ker lagi best ni.. Izara berlakon ok ok jer.. tp byk mcm hafal skrip benor bunyinya.. Beego dah semakin improve lakonannya, siap bole nangis lagi.. aku dah laa xleh tgk laki2 nangis ni.. sob sob sobb.. Si Datin lakonan Aznah Hamid mmg menjadi laa.. tp aku heran sungguh.. Melayu ni mmg cepat lupa kan kan.. dulu susah.. dah kawen dgn org kaya.. memilih nk menantu kaya jugak.. iskk iskkkk
Boring ckit plot ke plot.. mcm kena sunting sana cni jer.. adeiii.. xdan nk feel abis lagi.. dah kena telan feeling len lak.. ending pun x best... berlagak betuii si Zulaikha ni.. hahahaha.. tp keseluruhannya.. aku suka cita ni akceli.. sbb rasa touching especially part lagu2nya.. best weiiii.. bengkak mata aku dibuatnya.. aku EMO... muahahahaaa.. jom antara lagu dlm drama ni yer..
Posted by Heart at 6/23/2011 04:04:00 PM 0 comment
Labels: Review Movie/Drama
Posted by Heart at 6/23/2011 03:13:00 PM 0 comment
Labels: Lyrics Today
Posted by Heart at 6/17/2011 10:35:00 PM 1 comment
Labels: Must Share, Sana Sini
© Blogger Template by Emporium Digital 2008
Back to TOP