Showing posts with label Review Movie/Drama. Show all posts
Showing posts with label Review Movie/Drama. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Skrin Di 9 : Selumbar Kasih

Dah 2 weeks I tonton drama Skrin Di 9 pada setiap hari Rabu.. citer2nya sgt menarik. Semalam telah ditayangkan drama yg berjudul Selumbar Kasih... lakonan Izara Aishah, Beego, Aznah Hamid, Shahruddin Thamby.

Sinopsis :
Mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja bernama Zulaikha yang cuba membantu keluarganya yang miskin dengan menjadi seorang tukang cuci dan pekebun di rumah Datuk Mustafa... Zulaikha telah jatuh cinta dgn anak Datuk Mustafa, Azlan. Malangnya cinta mereka tidak direstui oleh Datin, ibu Azlan kerana perbezaan darjat..?

Dato' & Azlan amat mengagumi keluhuran hati budi serta peribadi Zulaikha. Azlan telah jatuh cinta pada Zulaikha dan melamarnya secara peribadi di rumah ibu bapa Zulaikha. Bila ibu Azlan dpt tahu tentang hubungan mereka, terus ditohmahnya Zulaikha dgn pelbagai penghinaan. Terasa maruah Zulaikha dipersendakan, dia mengajak kedua org tuanya berpindah ke Jordan (rumah abgnya) sambil meneruskan pelajaran di sana. Zulaikha merupakan penuntut jurusan undang2.

Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara Dato' & Datin menyebabkan Dato' mengingatkan kembali siapa dirinya sebelum berkahwin dgn Dato'. Azlan yg terlalu mencintai Zulaikha telah berusaha mencari & menunggu Zulaikha, malangnya dia & keluarganya telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Setahun berlalu, peristiwa kehilangan Zulaikha telah menghancurkan hati Azlan menyebabkan hidupnya tidak terurus dan terus jatuh sakit hingga terlantar di kerusi roda. Keadaan Azlan menginsafkan ibunya agar tidak merendahkan cinta suci anaknya terhadap Zulaikha.

Tanpa Azlan, Dato' terpaksa menguruskan syarikat mereka yg semakin merosot dan menghadapi pelbagai jenis saman. Sehinggalah satu hari Dato' berurusan dengan pejabat guaman kerana isu saman terhadap pejabatnya dan peguam yang menguruskan kesnya ialah Zulaikha. Dato' berjaya mendapatkan alamat rumah Zulaikha dan membawa Datin & Azlan berjumpa keluarga Zulaikha. Reaksi Datin agak terkejut dgn rumah besar yg didiami Zulaika menunjukkan perubahan hidup mereka. Walaupun kehadiran mereka disambut baik oleh keluarga Zulaikha, namun Zulaikha sendiri tidak menyenanginya.

Bila Azlan muncul di atas kerusi roda barulah muncul perasaan serba salah Zulaikha. Ibu Azlan merayu Zulaikha membantu Azlan dan kerana ehsan dan kesungguhan Zulaikha, Azlan kembali normal semula selepas beberapa bulan berlalu.

Pengakhiran citer ni tidak laa seperti yg diharapkan.. walaupun Azlan sembuh dari sakitnya, Zulaikha tetap tidak menerima Azlan semula. Apa yg telah dikorbankannya utk menjaga Azlan hingga sembuh cuma sekadar atas dasar kemanusiaan. Zulaikha tidak mahu pisang berbuah 2 kali dan memohon agar Azlan mendoakan kebahagiannya.. The End.


My comment :
Kalo laa watak Zulaikha bole dilakonkan oleh actress lain mcm Tiz Zakiah, Fasha Sandha or Faradiya, Tasha Shila ker lagi best ni.. Izara berlakon ok ok jer.. tp byk mcm hafal skrip benor bunyinya.. Beego dah semakin improve lakonannya, siap bole nangis lagi.. aku dah laa xleh tgk laki2 nangis ni.. sob sob sobb.. Si Datin lakonan Aznah Hamid mmg menjadi laa.. tp aku heran sungguh.. Melayu ni mmg cepat lupa kan kan.. dulu susah.. dah kawen dgn org kaya.. memilih nk menantu kaya jugak.. iskk iskkkk

Boring ckit plot ke plot.. mcm kena sunting sana cni jer.. adeiii.. xdan nk feel abis lagi.. dah kena telan feeling len lak.. ending pun x best... berlagak betuii si Zulaikha ni.. hahahaha.. tp keseluruhannya.. aku suka cita ni akceli.. sbb rasa touching especially part lagu2nya.. best weiiii.. bengkak mata aku dibuatnya.. aku EMO... muahahahaaa.. jom antara lagu dlm drama ni yer..



Di saat Aku MencintaiMu by Dadali



Friday, June 17, 2011

Kung Fu Panda 2

Yeayyy.. i berjaya ajak my hubby & son tgk KungFu Panda2... best giler weihhhhh... rasa mcm nk tgk berkali-kali lagi..

Jom I citer ckit :

1. Starting of de movie I missed ckit.. sbb terkejar2 masa dari rumah nk ke cinema ni.. my hubby terlupa ada aktiviti gotong royong di kampung.. so time kitorang masuk wayang.. movie dah start for few minutes. haihhhh...

2. Seriyesly watak Po ni mmg clumsy & kelakar sgt.. tp sengal2 dia ni, each of action & decision yg dia buat mmg menghasilkan unexpected result.. sgt bestt..

3. Konflik semakin hebat.. bukan saja misi menyelamatkan dunia & China yg Po & de geng kena juangkan tp ada jugak personal konflik yg Po alami dlm movie ni.. sesengal watak Po ni, dia tetap ada hard time to face his emotion & inner konflik. Po nk siasat kenapa dia merupakan panda terakhir yg ada di China. Ada laa scene flashback2 yg melibatkan Lord Shen ni dgn family Po.

4. Watak jahat baru dlm movie ni, de albino peacock Lord Shen..mmg jahat sungguh.. kalo sekali tgk cam ok jer.. sbb peacock kan cantik.. tp giler berlagak betuiii.. sungguh2 proud as a peacock. Lord Shen ni pandai kungfu tp x laa bole lawan kehebatan senior2 warrior di China tu, tp menggunakan konco2 wolves yg jahat.. then terciptanya new magic weapon (meriam)... legend warrior di China pun bole kalah.

5. Friendship between Po and 5 warriors semakin rapat.. kalo dulu dlm previous movie Tigress x setuju angin dgn Po, dlm filem baru ni.. diorang bole jadi buddy.. siap bole peluk Po lagi nk bg Po comfort. Waktu lawan mmg sgt cool.. hebat laa diorang ni tho just a cartoon character.. tru teamwork, never give up & always encouraging each other, they succeeded to stop the evil plan of Lord Shen.

6. More touching scenes.. kasih sayang between the father noodle hawking goose & Po. Bila goose father citakan how did he 1st found Po.. bagi makan.. kena guna tactic nk bagi mandi.. until dia decide nk jaga Po.. mmg sedih laa.. part paling sedih bila Po teringat balik memories yg hilang. Saat kampung panda yg aman damai diserang oleh Lord Shen lepas dpt tilikan seekor panda akan menjatuhkan Lord Shen. Semua panda dlm kampung tu kena bunuh so his father suh mak Po bawak lari waktu Po baby (seriyes comei giler Po time baby) and sembunyikan Po dlm kereta tolak berisi sayur (dihantar ke rumah Goose). Sedih sgt bila saat mak Po nk berpisah dgn Po tu.. huhuhuuu

7. Movies ni best sgt sbb cukup rasa.. pedas, manis, masin, masam.. x jemu rasanya.. kalo anda rasa KungFu Panda 1 best.. this is the doubleness.. so jgn lupa menonton...

Mula nya nk suh my lil' Darwisy pose kat cni.. tp dia asyik nangis nak keropok smpai muka pun mcm Panda.. so I decided tangkap gambar poster ni jer laa.. haihhhhhh

Thursday, June 16, 2011

Oh.. Seth Tan..


Sapa yg x tgk 'Nora Elena' cuba angkat tangan..?? hehehehe... mmg ramai pengikut rupanya drama ni.. Bukan saja story nya sesedap aiskrim kon cicah badam potong.. nyumm nyumm.. tp sbb Aaron Aziz yg gila ensem.. and Siti Saleha yg cunz melecunzz... baka mana laa diorang ni kan.. kalo ngandung gerenti nk tgk muka diorang ni lama2.. kot2 terkenan.. hahaha..

Citer ni bukan sekadar memberi hiburan biasa, malah secara diam mengacau bilaukan jiwa para isteri, suami, gelfren, boypren di luar sana.. muahahaha... dlm kes ni I terkecuali, sbb waktu kerja x mengizinkan 'I Follow' slalu.. plus.. PJJ (perkahwinan jarak jauh) yg memotong line i nk beromantika dgn hubby tonton drama bersiri.. haihhh... tp ada sorang hamba Allah ni yg sempoi giler kentang.. biar betik.. telah menulis surat bantahan utk dihantar kpd wakil TV3 mengenai drama Nora Elena (rasanya x hantar kot.. sbb blogger ni menulis secara suka2).

Mula2 baca mcm formal laa.. tp seriyes lawak gila Miss Geli aka Nowa nih, Pengerusi Ibu-Ibu Menyusu Badan menyuarakan isi perut & isi hati ribuan penonton melalui surat rasminya. Ikuti surat bantahan penuh emosi selepas ini.

Baik punya cilok dari Miss Geli :




Nowa Kakitangan Kerajaan, Putrajaya


TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya



Tuan,



Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena



Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.



2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.



i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.




Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?




ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.




Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??




Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!




Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.




Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!




iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.



Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.




iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.




Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??




Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess




v) Tak logik punya citer..




Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha




vi ) kari hangus, nasik hangit.




Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..



vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.




Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati



“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”




“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”



Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.




3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.




Sekian,



“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”


( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.



** wakakakakakaaaaa.... ada yg terputus urat kentut x..? Respek abis laa kat Nowa ni.. tabik spring toing toing toing! kekekeke.. Tima kasih jugak laa utk NOWA sbb menyedarkan realiti yg Seth Tan tu cuma watak imaginasi. Sila bangun dan terima suami anda seadanya.. Nasib jugak laa ada suami.. kalo x dak.. haaa gigit jari laa weiii.. kui kui.. :p

Wednesday, November 10, 2010

Star Trek de Movie


I baru jer lepas tgk Movie Star Trek at HBO channel... x sangka best pulak citer ni.. hohohoo.. slalunya kalo I tgk de series I rasa boring sbb malas nk follow.. but not this time.. the most interesting part is to knew the character of Kapten James T. Kirk played by Chris Pine..

Bukan jer ensem.. playful but brilliant.. I loike laaahh.. hehehe... jalan citer pun sgt best... x boring sgt and a lot of action... Another part yg I suka, bila Kirk start to build his relationship with Spock played by Zachary Quinto... diorang asalnya x setuju angin, tp in future rupa2nya berkawan baik.. hahaha.. pelik jugak watak si Spock ni... dah laa x der perasaan asyik ikut logic jer.. iskk iskkk.. then baru I perasan si Zachary ni laa pemegang watak jahat si Sylar in Heroes.. no wonder I dun like him.. :p

Anyway buat Star Trek follower, I am a bit ketinggalan.. ok I admit it.. but for those yg in the same shoes with me.. sila laa tonton yer.. sgt best.. : )

Which ur fav..?

Monday, April 19, 2010

AdaMaya

Sepanjang minggu I bekerja dalam normal working hour, I dah tersangkut mengikuti citer drama terbaru di slot Akasia TV3.. AdaMaya.. mesti ramai yg suka kan.. waaaaa... benci tul laa bila dah mula menjadi pengikut setia ni.. mesti nak balik kerja on time.. sbb nk balik tgk drama ni.. haihhh.. apalagi my partner G.. kena laa ikut my time kan.. hehehe.. thx yer my dear fren.. hg pun bole balik tgk sama..
I suka sgt watak2 dalam citer ni.. sbb cute except for the boyfren si Dani tu.. nyampahhh.. asyik kaco daun jer.. Memandangkan citer ni taken from Movie : I'm not single and I dah pun watched this movie.. bole laa paham bila join the fan sekerat jalan jer.. hehehe
Rasanya terpaksalaa I melayan youtube for next coming episod memandangkan tommorrow I dah back to my normal shift.. huhuhuu.. anyway its not a big deal memandangkan kita bole jer browse tru internet skrg ni kan.. hehe
Credit to http://www.kujie2.com/ for the drama poster above

Personally I rasa Lisa Surihani dah semakin berjaya mengembangkan bakat lakonannya dgn jayanya.. Buat pengomen2 yg berasakan lakonan si Lisa ni mcm kayu.. watch again.. give her some space laa.. maybe not about her acting but her character in the story.. and I believe sometimes its affected by her babyface looking make her not quite suit with the character. I suka si Sein punya lakonan.. bila sekali sekala tgk muka2 baru berlakon and hensem lak.. best gak hehehe.. Anyway they look suit together.. hope the ending of the story will be really gud.. : )
Saper2 yg belum lagi tgk citer ni.. sila laa tonton cause it's getting excited and romantic.. Luckily I got the chance to watch it today with my hubby.. kena lak part2 yg romantik n kiut miut.. best best.. hehehe

Semerah Cinta Stilleto

Salah satu aktiviti yg I gemar sekarang ni, memandangkan my hubby tinggal jauh and I need to do something to fill in my empty space.. menonton wayang or drama menarik dan terkini. Rasanya ok gak I nk buat review from my personal view lepas menonton mana2 movie/drama.

Yg paling baru.. citer ni haa.. Semerah Cinta Stilleto.. I rasa comel tajuk movie ni sbb mixed the name of main actor n actress in the movie - Stilla n Letto. Nama sebenar Stilla, Siti Laila and Letto lak Leman Toyol.. hehe. tp bila dah disingkatkan bunyi moden lak.. haha

Citernya ringkas and kelakar.. tp ada gak yg terasa mcm lawak yg dibuat2.. I suka tgk lakonan Farid Kamil.. for me he can suit any character given.. Dalam citer ni Letto nmpak sgt sorang lelaki yg lurus, malas, tak berpelajaran tinggi, tp baik hati.. Stilla lak anak tunggal dari keluarga berada.. tp konsorvetif ckit dlm hubungan sosial.. agak kurang logik laa kalo nk ikut dgn current situation di M'sia ni.. sbbnya dah kurang remaja di M'sia ni yg x terjebak dgn aktiviti sosial lebih2 lg tanpa pantauan dari ibu bapa.. hmmm

Kisah dan adegan cinta dlm citer ni.. menarik.. and senang kita nk follow n understand.. ada part2 cute and kelakar giler between them ni.. But seriyesly.. I was really frustrated with the ending part.. sbbnyaa... hmmm u guys kena tonton sendiri laa.. maybe opinion kiter berbeza kan.. for me I x suka ayat yg panjang berjela dan berbunga2 bila dah lama x jumpa.. x realistic beb.. y not buat terkejut ckit.. and ajak laa minum tuk berbual panjang kan.. hmmm.. anyway tu creativity si pengarah.. I ni sekadar memberi pendapat sbb salah sorang penyokong filem tempatan..
Out of 5, I'll give 2.5 star for this movie.. sila laa berkunjung ke pawagam berdekatan yer.. : )
Credit to http://jomss.blogspot.com/ for the poster.

**Dgn saper I menonton wayang.. saper lagi kalo bukan geng mummies rock .. hehehe

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP