Thursday, July 16, 2009

Farewell

Sungguh x percaya setelah 6 tahun memerah keringat di salah sebuah factory di SP, akhirnya my hubby terpaksa melangkah pergi. Semuanya gara2 mengejar sebuah masa depan dan kehidupan yg lebih cerah buat isteri dan anak terchenta.. sapa lagi kalo bukan ME.. hehe.

To cut the story short.. di bawah ada picas taken from farewell ceremony held on last Thursday.

Venue : Bali-Bali Restaurant.. I pun x pernah try lagi hehe
Para jemputan yg menunggu.. sampai awal sebelum waktu
Semuanya berada di dlm kedudukan masing2.. bersedia utk memenuhkan perut..
Makanan sudah pun terhidang.. dimulakan dgn Doa.. Aminnn..
Sesi melantak.. makan puas2 yer.. lauk pauk kampung nmpak menyelerakan..nyum nyum
Ini pula kejadian pada keesokkan harinya.. Last day in the factory.. my hubby memberi sepatah dua kata memandangkan saat2 akhir di situ bersama kawan2
Antara kawan2 ofis yg hadir.. semuanya kawan I jugak
Part sedih bila mula bersalaman bermaaf2 an.. mcm raya laa pulak.. sob sob
De climax mesti laa waktu nk ucap selamat tinggal dekat BOSS.. halalkan makan minum dan jugak mana2 pending2 kerja tu yer..
Yang ni yg I suka.. nak berenti pun dpt byk hadiah.. nasib baik x dpt bunga.. mauu I gelak 1 hari dekat my hubby.. oOpss
Walaupun kawan2 semua sedih.. tapi hati I lagi laaaaaaaa merana.. sob sob..
tapi I kuatkan jugak.. demi masa depan bersama.. chaiyokk!!
Nampak gaya I pun x lama lagi mengikut langkah yg sama.. huhu

Wednesday, July 15, 2009

New life..?? hmmm

Empty.. that is how i feel rite now.. a part of me is missing! This is the Decision we made.. hope to start this new journey with full of love, hope, good fortune and happiness. Tho need a lot of sacrifies and patient.. this is a start of our new life..

We gonna miss you a lot and lot lot lot lot.. my dear B.!

Friday, July 10, 2009

Rambutan oh! Rambutan

Seperti tahun2 sebelumnya, pokok2 rambutan di rumah I amat laa galak berbuah. Seronok tgk kaler2 rambutan waktu ni. Tambah lak mcm2 jenis rambutan yg ditanam di rumah I, hasil kerja keras my FIL. Buat kawan2 yg nak merasa kemanisan/kelazatan/keenakkan buah2 rambutan ni boleh laa ke rumah I bila2 masa yer..

Ni pokok jenis 'Anak Sekolah' yg sedap sekali isinya.
Ni pulak jenis 'Jarum Emas'

Ni ada beberapa jenis pokok rambutan yg tumbuh rimbun di keliling rumah.
Ini laa pokok rambutan jenis 'Gading' yg warnanya kuning, jarang dijumpai di luar sana.

Pic rambutan ni diambil mgu lepas.. My both SIL yg bawak semua, utk dikendurikan di ofis and sekolah diorang. Macam utk dijual kan rambutan tu.. hehe

Darwisy kata nak ambik satu ikat bagi kat Umie.. sian anak Umi.. pulun laa bawak rambutan berat tu dgn tangan sebelah (sbb xnak letak bantal busuk n kunci keta).

Ofismate I pun dah pakat2 merasa keenakkan rambutan jenis 'Anak Sekolah' yg I bawak dari rumah. I guarantee sedap rasanya..
: )

Sate House

Semalam I & Kak Nur pegi dinner di de Sate House, Kilang Lama. 1st time try ni.. sbb Adnin yg rekomen kan.. katanya sedap.. so I dgn keterujaan yg x berapa melampau ni.. segera laa ke sana.

Waktu kitorang sampai tu x laa ramai sgt, tapi lama kelamaan org makin ramai plak. Restoran ni agak sesuai laa if ada yg plan nk buat family gathering. Tapi yg x brapa nk best.. service nyaa yg agak slow.. pekerja nampak muda2 remaja tp tu laa.. lama jugak laa menunggu sementara nk sampai makanan yg di order.

Char Hor Fan.. i rasa de taste n ingredient is better than Hang Li Po


Sate ayam & perut.. utk 2 org makan jer.. so xbyk cucuk la yer.. hehe
For me ok ok laa.. ada lagi tempat lain yg I rasa better. Harga sate ayam 0.50 secucuk & sate perut 0.70 secucuk.


Ni plak Kak Nur yg sedang menikmati mee kari.. boleh tahan gak laa rasanya.

So saper2 yg rasa teringin nk cuba.. boleh laa ke sana segera.

: )

Merah Putih

Sabtu lepas.. dah macam fav aktiviti plak I kena attend kenduri lagi.. tapi kali ni dgn my parents. Jemputan pakcik Mahathir, de gud fren of my father. Yang menarik pasal kenduri ni, konsep warna merah dan putih.. wahhh.. i loike..!!

Tapi yg x best pasal kenduri ni, masalah kurang kakitangan. At 1st, abah kata diorang nk buat katering.. tapi bila diorang tgk kenduri adik I yg lepas.. terus ubah fikiran nk buat gotong royong. Yea laa.. bila bergotong royong ni.. lebih meriah dan happening kan. Tapi nasib x baik.. jiran tetangga di situ pulak bukan laa jenis yg suka tolong menolong.. Takat tunjuk muka jaa then balik.. hmm.. kesian laa pak cik Mahathir anak beranak nk uruskan kenduri tu.

Sbb tu laa kita kena slalu pentingkan hubungan jiran tetangga, hidup bermasyarakat, bertegur sapa, x kira berpangkat ke aper. Jgn laa bila susah baru nk cari.. time senang tu nk senyum pun payah. Mcm2 org skrg ni..

Skrg kita tgk picas plak k..! Kek tingkat Merah Putih.. menarik betul laa
Pelamin Merah Putih.. simple but nice

Gambar Darwisy wajib ada dlm setiap aktiviti.. hehe
Asyiknyaaa.. dpt makan buah oren.. nyumm nyumm

Wednesday, July 1, 2009

Problem Solving - Module 1

Hari ni x payah buat keja.. hehhee.. masuk normal hour today, sbb nk attend Problem Solving - 1st Module Training. Small group of people jer involved.. dalam 1o orang from Rohs, Sourcing and PDM team. This training is actually to be compulsory for PDM team... so dats y I nak join this very 1st group of people.

The topic is quite interesting... tapi a bit slow laa. Dah beratus kali I menguap rasanya...jiran sebelah I, Kak Nur siap lena seround lagi.. haha.. nasib baik the trainer - James Lo (CMY people) x perasan. I pulak utk mengurangkan rasa mengantuk mula laa jadi artis... buat lukisan dalam my handouts. ngeh ngeh..dah lama x melukis since SPM kan.. saja nak asah bakat semula.. :p
Kak Nonnie satu team dgn I, time ni dia tgh present our case so I curi2 snap pic..hehe

Fahrul present utk team 1.. bila part nak tanya question terus gaya ala2 nak belasah org.. ganaih betul budak ni. hehe

De rest of team members yg participated in this training.

Ni pulak.. team canggih kami.. hehe... semua nya x berapa betul sbb ngantuk tahap cipan.

Tho dlm situasi yg kurang memberangsangkan.. we did actually gained something from this training. We'd learned how to define precisely what is a 'Problem'. Normally people tend to confuse between a real Problem/situation occurred with factors contributing to create that Problem. So important for us to analyze : what, when, why, where and how do we know that issue is a Problem.
De best part about Training time .. boleh dapat makan freee... from breakfast, lunch to tea time. Tapi kali ni mcm diorang ni kena cut cost jer.. menu x berapa tempting sgt.. but still ok ok laa..

Breakfast ada bihun goreng with few types of kueh, lunch ada nasi minyak with ayam masak manis, ikan keli goreng and acar nenas + timun. Then tea time, sekali lagi diorang served bihun goreng kat kitorang seperti gambar di atas. Kami ni yg keluar dari tahanan mata apa lagi.. segera laa memenuh perut yg cepat sgt bergelora.. hehe

Nasib baik laa.. training ni abis awal dari jadual. Lepas abis tea time, boleh laa singgah ke ofis nak jenguk sekejab kerja yg terbengkalai. Tapi yg x berapa best nyaa.. ada jugak laa homework yg dah diamanahkan utk setiap team.. jenuh pulak laa nk pk issue apa yg nak dipilih for our team project. haihhh.. kena pk cepat2 ni. For next coming 2nd module training.. kena present pulak.. huhu

GH

Yesterday morning, I bawak my MIL, FIL & lil' Darwisy ke General Hospital Sg. Petani. Actually my FIL ada appointment dat morning to do 'Echo'. My FIL actually ada penyakit jantung but not on too serius stage. So kena buat frequent appointment and check up with the doctor laa. This 'Echo' pulak just buat once a year jer.. utk buat imbasan jantung secara detail kalo x salah I.

Punya laa ramai nyaa umat manusia di GH tho its Tuesday. Susah betul nak cari parking.. end up I pun ikut jer mcmmana org ramai parking. Kira parking betul2 rapat ke tepi, then tinggal small space jer muat2 sebiji kereta nak lalu. Sori yer.. I follow de majority.. hehe

Lepas register, ikut my FIL ke bilik No. 12 utk buat rawatan Echo tu la.. tapi kena ikut turn, 1st come 1st serve. Nasib baik laa utk buat rawatan ni, just involve 3-5 people jer. Mostly warga2 emas yg ada di situ, but ada jugak sorang budak lelaki lepasan SPM pun terpaksa buat rawatan yg sama. Kesian... muda2 dah ada masalah jantung.. bahaya jugak tu. Sementara nk menunggu turn my FIL, si Darwisy pun buat laa aktiviti exploring utk menghilangkan keboringan. Nasib baik dia x main lari2, just duduk celah2 kerusi jer.. kalo x.. jenuh laa I nak kejar budak kecik ni.


Since de treament might take a long time per person, kami pun bergerak dulu nak ke rumah I. Lagipun I segan nk stay kat ctu sbb ada few numbers of chairs jer, so takkan nk biar org lain yg sakit2 berdiri kan.. so baik kami beredar dulu then datang balik pick up my FIL later. On de way ke rumah, kami singgah dulu ke Econsave.. saja bawak my MIL jalan2, sambil shopping2 barang2 basah.
Kebetulan staff kat ctu tgh compile sayur2 yg dah x berapa segar utk dilelong. Sempat gak kami merembat few types of vege. Carrot ada laa dekat 8 batang just for RM1.. bukan busuk pun, just kulit jer ada hitam ckit2. Then buah peria pun size besar 3 biji for RM1, halia rasa2 more than a kilo - RM1, tomato more than 10 biji - RM1 and limau nipis byk biji jugak laa punn RM1. wahhh... hari memborong sayur betul laa... I pun sempat beli kat my parents jugak a few types of vege yg nk dilelong tu.
Settle jer membayar bil, my son plak nak naik mainan yg ada kat ctu. Tapi yg geram nya satu pun x function tho dah telan pun coin ke dalam machine. Then kena laa tgu diorang check wats de prob, tapi still not working jugak. So I mintak refund jer laa.. tho RM1 jer but still duit and y shud I spend for nothing kan. X per laa.. next time Umi bawak Darwisy naik mainan yg lain ok..! Mengamuk jugak laa si kecik ni paksa dia balik.. haihhh
Singgah sekejab kat umah baru my parents.. then baru ke GH balik to pick up my FIL. Tapi my FIL actually dah lama pun tunggu. I thought it will take around 2 hours (according to my MIL)...but it completed only within 1 hour. Sorry laa abah.. kena tunggu plak kami datang.. lebih kurang sejam jugak laa...hehe

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP