Thursday, August 6, 2009

DOA seorang ISTERI ..

B i s m i l l a a h i r R a h m a a n i r R a h e e m

Bismillaahi walhamdulillaahi wassalaatu wassalaamu 'alaa rasoolillaahi
Assalaamu `Alaykum wa Rahmatullaahi wa Barakaatuh

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Amazing Way TO Preserve Refrigerated Fruits And VEGetables!

howdy! this email from a fren kinda interesting to share.. lets have a peek..!

AN INDONESIAN MAID SHARED WITH ME A WEEK AGO A WAY TO PRESERVE FRUITS AND VEGETABLES WHICH SHE LEARNED FROM A FAMILY WHEN SHE BABY-SAT FOR THEM IN KL. THAT FAMILY WAS USING "ALUMINUM COATED PLASTIC BAGS" TO KEEP THEIR FRUITS AND VEGETABLES FRESH FOR WEEKS!!! ITS SO AMAZING.

I THOUGHT IT WAS A GOOD IDEA TO SAVE SOME UNWANTED RESOURCE WHICH MOST PEOPLE WOULD THROW AWAY WITHOUT ANY 2ND THOUGHT AND HERE I AM SHARING WITH YOU THE USEFULNESS OF THIS UNWANTED RESOURCE. HERE IS THE TYPE OF ALUMINIUM COATED PLASTIC BAG FROM QUAKER.

YOU CAN USE ANY OTHER TYPE AS WELL AS LONG AS IT HAS THE SAME TYPE OF MATERIAL.YOU CAN PUT PLENTY OF FRUITS AND/OR VEGETABLES IN IT..
LOOK.....AFTER 1 WEEK.....THE VEGETABLES ARE STILL FRESH! AMAZING, ISN'T IT??? NO DEHYDRATION AT ALL. LOOK AT THE OCRAS. THEY ARE STILL VERY, VERY FRESH WITHOUT ANY DEHYDRATION AT ALL.

BUT DON'T FOLD OR SEAL THE OPENING OF THE BAG. JUST LEAVE THE BAG OPEN AND IT WILL DO THE MAGIC WORK FOR YOU ALREADY. .....TRY IT OUT.....
YOU WOULD SURE LIKE IT VERY MUCH TOO.
INSTEAD OF THROWING THESE USEFUL THINGS AWAY, RE-USE IT AGAIN AND YOU WILL BE INHERENTLY JOINING THE GROUP OF "SAVING THE MOTHER-EARTH" CAMPAIGN TOO.

Wednesday, August 5, 2009

Nasi Kandaqqq..

Destinasi makan pada malam ni ialah.. Restoran Nasi Kandar Nashmir hehe..I sebenarnya nk ke tempat lain.. tapi memandangkan kedai tu tutup so kena laa ubah destinasi. So the nearest is nasi kandar laa.. hehe.. dah berbulan lamanya I x makan nasi kandaq ni. Kalo pegi ctu jer.. susah laa I nak elak dari panggilan telur sotong yg menggoda.. yummylicious..!

Kak Nur dgn kusyuk menikmati tosai 2 biji.. ni baru 1st order lepas abis order plak keow teow goreng mamak.. iskk iskk
Hajar yg rock ni order tomyam campur dgn roti tisu.. roti tu dah tumbang yerr harap maklum
tadaaa.. inilaa pilihan hati I.. nasi separuh, telur sotong, sayur bendi + kuah campur
Ini pulak menu kedua 1.. sbb terbekenan dgn roti tisu yg Hajar order. Jgn jeles.. I punya roti belum tumbang lagi tau.. baru disenget-sengetkan.. ngeh ngeh

Amalan Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

**sesiapa yg malas nk mandi sila baca artikel di atas berulang kali.. hehe

Bosan.. Bosan..

My hubby skrg ni cbok dgn kawan2/officemate baru nyaa.. urrrghhhh.. bosan tul laa. Am I jealous..?? hmmm a bit laa. Just dat I'm feeling a bit lonely without him near around. What to do..?? Not to say that I dun wanna be the understanding wifey.. but this MISS U.. MISS U thingy makes me Nuts sometimes... I think I should do some shopping therapy.. ahhaaaa.. best best

**to my hubby .. I'm still in Majok mood :p

Monday, August 3, 2009

Basikal

Lil' Darwisy sgt laa sukakan mini basikal Paksu (baru jer beli) bila balik ke rumah my parents. Amaran : sila jgn cuba aksi2 dibawah tanpa pengawasan org2 tua yer..!!
Semua body basikal tu abis dibeleknyaa
Cubaan pertama Darwisy
Rasa2 boleh diterima x ni arr..?
Tadaaaa... akhirnya berjaya jugak Darwisy naik basikal ni tanpa sebarang bantuan.. aksi selepas ini adalah jatuh tergolek ok.. tp x nangis sbb penuh kepuasan.. kekekkee
Ini laa gambarajah asal.. mcmana si kecik tu dapat idea utk buat aksi2 di atas. haihhh..
*mangsa kejadian adalah basikal dan patung yg x bersalah.. abis dirosakkannya sbb dok pulun nak naik basikal tu jugak.. iskk iskk

Sunday, August 2, 2009

Sewing Class

My 1st sewing class started Today.. yeayy..! Akhirnya dapat gak I belajar basic menjahit tho I x berapa gemar sgt aktiviti ni. Memandangkan I seorang perempuan, isteri dah telah pun mendapat title Umi.. agak penting ilmu menjahit ni walaupun sekadar tahu yg basic2 jer. Lagipun upah nak menjahit skrg ni kan dah semakin mahal.. apalaa salahnya I upgrade ckit my skill n knowledge supaya in future I can try to reduce my cost/budget kan kan.. ngeh ngeh.

Frankly speaking.. my knowledge in sewing is just 0.5.. alaaa sekadar apa yg dah belajar masa di sekolah dolu2 utk subject kemahiran hidup. Tu pun rasanya terpaksa jer waktu kena buat kerja khusus. My fren pun ada tanya.. betul ke ni nak join, memandangkan my hubby only can spend time with us on weekend kan.. I kena sacrifies ckit laa.. sementara ada opportunity kan. By the way, I interested nak joint sbb ada geng yg sekepala in our group.. yeay!!

FYI, we all actually belajar dgn cikgu KEMAS di Kilang Lama (Kulim).. yuran pendaftaran dan bulanannya rendah.. cikgu pun best gak, x jemu nak layan soalan yg bukan2 dari kami.. hehe. Kalo cikgu betul2 ajar ter over speed ckit.. kami ada cikgu tipu2 yg boleh tunjuk for the 2nd time. Cikgu tipu2 ni merujuk pada member kami2 yg pickup laju ckit yer.. hehe. Jumlah anak murid pada harini adalah 10 org yer.. dah cukup utk buat cikgu kami pening.. ngeh ngeh. Terdiri daripada Me, Aida, Kak Nonnie, Abg Ray (husband kNonnie), Kak Nur, Adnin, Melati (wife Suhaimi), Kak Norsita and pasangan adik beradik kembar yg I lupa tanya namanya.. iskk iskk

Aida dgn Adnin tgh kusyuk melukis ukuran badan pada kertas minyak.. jahit leher belum abis lagi tu cik kak oii.. hehe
Kak Nonnie yg excited dpt jahit guna machine.. mana aci I jahit guna tangan jer.. sbb x reti lagi pakai machine.. huhu
Yg sebelah kiri tu laa cikgu kami, tgh tunjuk teknik jahitan utk kNonnie dan Abg Ray.. oh yer.. husband kNonnie ni the only gentleman yg joint kelas kitorang tau.. jgn x tau.. dia lagi terror dari kami2.. hehe
yeaa.. inilaa tuan punya blog yg beria-ia cuba menjahit mata lalat.. rasanya mata lalat ni sepet mcm I gak kot.. hoho.. nanti balik I nk try serlom leher anak I tapi mcm kecik jaa.. mcm mana ni..?? xpaa.. raya thn depan Umi buat baju sepasang naa.. sabar2
Pelajaran utk hari ini adalah.. membuat ukuran leher, ukuran badan dan jugak menjahit leher dgn jahitan mata lalat. Rasa2 mcm dah ok kot 1st chapter ni.. tapi bab buat ukuran badan x sempat nak practice.. minggu depan laa I cari mangsa nk buat model. hehe
**ada lagi teman seperjuangan yg I x sempat nk tangkap pic.. next class I tangkap lain.. boleh ciwi kat G.. hehehe (G x dibenarkan joint sbb dia dah terror dari kami..!)

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP