Friday, June 17, 2011

Congrats to Faizal & Liza

Bila cuti sekolah tiba... kenduri kendara pun mula laa memanggil para tetamu datang.. cuti kali ni melibatkan perkahwinan cousin my husband, Faizal. Kami x attend hari akad nikah sbb dibuat on workday (Khamis). Tiba hari kenduri pulak, kami sekeluarga menjadi sedara2 yg pegi menyambut pengantin perempuan.. kebetulan pulak resepsi pihak pengantin perempuan dibuat pada hari yg sama. Mesti letih diorang ni kan..

Let me tell the story with picas laa.. hehehe

Masa sedara mara menunggu waktu sesuai nk bertolak dari rumah pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.. Darwisy & cousin, Amsyar elok jer posing kat pelamin.. simple & cantik kan pelamin.. rasa mcm nk p posing gak, tp mesti org tgk I nanti kan.. so I suh anak I yg posing.. hahahaha

hantaran pihak lelaki.. hasil tangan my MIL, SIL & myself.. ni last minute punya hasil yer.. kami x tau pun diorang x siapkan lagi


Ni masa pengantin lelaki & rombongan tiba di rumah pengantin perempuan (lokasinya Sidam)

Disambut dgn paluan kompang..

Sebahagian drpd sedara mara/rombongan pihak lelaki.. I kena bawak bekas berat lak time tu.. haihhhh.. nasib baik x letak buah nenas/durian.. ada yg simpan dlm keta jaa.. muahahahaa


Lebih kurang 8 bijik kereta jugak laa yg mengiringi Pengantin lelaki ni


Aiyakk.. sekerat jalan baru pasan i duduk bahagian depan.. mana p habis org tua2 nih.. ka aku pun dah tua.. huhuhuuu

Sampai jer pengantin.. mesti posing dulu sebelum makeup cair..

Rasanya pelamin cuma di buat di rumah Pengantin lelaki, so pengantin Perempuan cuma hiaskan bilik jer.. jadi laa kan.. xlaa membazir.. sbb nk kena bawak balik si pengantin perempuan dah lepas ni

hantaran pihak perempuan

Lepas gambar ni.. aktiviti makan2.. menu rumah pengantin perempuan ni simple jer.. kari daging pekat, acar timun, kurma daging, sambal belacan + machang, ulam2an.. tp sedappp..

What I wore :
Grey Long Dress : ColorStyleMal
Shawl : stall dlm Giant
Bag : Calvin Klein
Shoes : Bill Keith
Bangles : India marii..

Kung Fu Panda 2

Yeayyy.. i berjaya ajak my hubby & son tgk KungFu Panda2... best giler weihhhhh... rasa mcm nk tgk berkali-kali lagi..

Jom I citer ckit :

1. Starting of de movie I missed ckit.. sbb terkejar2 masa dari rumah nk ke cinema ni.. my hubby terlupa ada aktiviti gotong royong di kampung.. so time kitorang masuk wayang.. movie dah start for few minutes. haihhhh...

2. Seriyesly watak Po ni mmg clumsy & kelakar sgt.. tp sengal2 dia ni, each of action & decision yg dia buat mmg menghasilkan unexpected result.. sgt bestt..

3. Konflik semakin hebat.. bukan saja misi menyelamatkan dunia & China yg Po & de geng kena juangkan tp ada jugak personal konflik yg Po alami dlm movie ni.. sesengal watak Po ni, dia tetap ada hard time to face his emotion & inner konflik. Po nk siasat kenapa dia merupakan panda terakhir yg ada di China. Ada laa scene flashback2 yg melibatkan Lord Shen ni dgn family Po.

4. Watak jahat baru dlm movie ni, de albino peacock Lord Shen..mmg jahat sungguh.. kalo sekali tgk cam ok jer.. sbb peacock kan cantik.. tp giler berlagak betuiii.. sungguh2 proud as a peacock. Lord Shen ni pandai kungfu tp x laa bole lawan kehebatan senior2 warrior di China tu, tp menggunakan konco2 wolves yg jahat.. then terciptanya new magic weapon (meriam)... legend warrior di China pun bole kalah.

5. Friendship between Po and 5 warriors semakin rapat.. kalo dulu dlm previous movie Tigress x setuju angin dgn Po, dlm filem baru ni.. diorang bole jadi buddy.. siap bole peluk Po lagi nk bg Po comfort. Waktu lawan mmg sgt cool.. hebat laa diorang ni tho just a cartoon character.. tru teamwork, never give up & always encouraging each other, they succeeded to stop the evil plan of Lord Shen.

6. More touching scenes.. kasih sayang between the father noodle hawking goose & Po. Bila goose father citakan how did he 1st found Po.. bagi makan.. kena guna tactic nk bagi mandi.. until dia decide nk jaga Po.. mmg sedih laa.. part paling sedih bila Po teringat balik memories yg hilang. Saat kampung panda yg aman damai diserang oleh Lord Shen lepas dpt tilikan seekor panda akan menjatuhkan Lord Shen. Semua panda dlm kampung tu kena bunuh so his father suh mak Po bawak lari waktu Po baby (seriyes comei giler Po time baby) and sembunyikan Po dlm kereta tolak berisi sayur (dihantar ke rumah Goose). Sedih sgt bila saat mak Po nk berpisah dgn Po tu.. huhuhuuu

7. Movies ni best sgt sbb cukup rasa.. pedas, manis, masin, masam.. x jemu rasanya.. kalo anda rasa KungFu Panda 1 best.. this is the doubleness.. so jgn lupa menonton...

Mula nya nk suh my lil' Darwisy pose kat cni.. tp dia asyik nangis nak keropok smpai muka pun mcm Panda.. so I decided tangkap gambar poster ni jer laa.. haihhhhhh

Piknik tepi bendang

Nk cita pasal aktiviti musim cuti sekolah.. family my hubby yg tinggal agak berdekatan lain daerah ni suka buat aktiviti riadah mcm piknik. Kalo x piknik di Bukit Hijau.. rumah my 3rd SIL di Penaga pun bole jadi port baek punyaa... Sebabnya lokasi rumah my SIL ni bersebelahan dgn bendang.. cantekkkk & nyamannn jaa....

Bukan sekadar piknik makan simple2.. siap barbeque, lauk 4-5 jenis.. pehtu makan rebut ramai2.. waaa.. sedap hingga menjilat jari.


My dearest hubby, org kuat bahagian bbq.. yg sebelah tu kuat kaco jaa..
oh yer.. tgh bbq my ayam secret recipe tu (ceduk recipe my mom).. nyumm nyumm

Ni pulak my 2nd SIL & her doter.. pakat membantu mempercepat process bbq.. perut dah bunyi weii

Hidangan yg memenuhi ruang tikar tempat piknik kami

My family.. hubby, FIL, SIL & biras
Best kan makan dekat dgn bendang.. lepas kenyang gerenti bole kruhh kruhhhh

Lepas kenyang.. budak2 kecik ada aktiviti sendiri.. memandangkan x buat piknik dekat sungai.. kena laa buat kolam sendiri.. seronok sungguh diorang ni..



Banglo kecil my SIL.. best nya ada rumah sendiri.. hmmmm

Mari sejukkan tekak kita.. yeayy..!

Bila cuaca panas terik.. mesti rasa mcm nk mandi sungai.. terjun kolam.. kan kan.. tp memandangkan terpaksa bekerja (walaupun dlm aircond, tetap rasa bahangnya..).. kalo x keja mcmana nk ada duit kan kan.. paling best kalo dpt minum air yg sejuk2.. makan aiskacang letak aiskrim atas.. nyum nyum..

1 ari yg panas.. me and my bfsf keluar lunch dgn perut yg masih kenyang.. lepak di Honey's Bakery.. fening nk pk menu apa yg sesuai utk melantak bila perut kenyang.. mmmmm.. kesudahannya we all makan smoothies jer.. Smoothies ni lebih kurang ais kacang jugak laa.. cuma xder rencah2 mcm kacang, jeli, buah now etc etc bahan ais kacang tu laa. Jom kita layan picas kasi pecah liur ckit yeaa.. hehe

Smoothies perisa orange, peaches, mixed fruit.. nyumm nyumm


Ni pulak my smoothies perisa melon.. yg ni paling x best huhuhuhu.. i'm expecting rasa melon lebih laa.. tp ampeh.. ais lebih haihhh.. last2 i kipnap aiskrim aida.. hehehe


Mak buyung yg asyik menjamu bihun tomyam.. naper i rasa tomyam honey bakery ni semakin kurengggg.. last time punya sedap pedas berasap.. agaknya tukang masak dah resign kot.. iskk iskkk

Jom kita layan aksi suap menyuap yer.. cuba tgk our akak yg sedang mengkaji sudut tepatan suapan aida ke dalam mulut.. agaknya bopa darjah tu arr...

Cara u x kena laa Aida.. ni haaa.. cara2 nk suap dalam mulut.. aummmmmm.. hahahaha

Muka cam x pueh ati jaa.. oopss.. tertinggal G di sebelah.. sbb dia asyik lindung muka.. i malas nk snap gambar dia.. 'len kali aku boh gambar hg lak..' ngengengeeee


Masa ni semua org tgh aim I.. sbb org lain makan.. i curi snap pic diorang.. hahahhaa


pehtu I kena marah sbb control cunz.. nak buat camna.. i tgh makan pun nmpak cunzz.. muahahahahahahaaa... (ayat bagi terbakaq lagi ni..)


**Disebabkan lunch time kami isi perut dgn ayaq jaa.. before asar dah kena naik cafe sbb perut berkeroncong lagu Ana lapar dah.. adeiiii...

Thursday, June 16, 2011

Oh.. Seth Tan..


Sapa yg x tgk 'Nora Elena' cuba angkat tangan..?? hehehehe... mmg ramai pengikut rupanya drama ni.. Bukan saja story nya sesedap aiskrim kon cicah badam potong.. nyumm nyumm.. tp sbb Aaron Aziz yg gila ensem.. and Siti Saleha yg cunz melecunzz... baka mana laa diorang ni kan.. kalo ngandung gerenti nk tgk muka diorang ni lama2.. kot2 terkenan.. hahaha..

Citer ni bukan sekadar memberi hiburan biasa, malah secara diam mengacau bilaukan jiwa para isteri, suami, gelfren, boypren di luar sana.. muahahaha... dlm kes ni I terkecuali, sbb waktu kerja x mengizinkan 'I Follow' slalu.. plus.. PJJ (perkahwinan jarak jauh) yg memotong line i nk beromantika dgn hubby tonton drama bersiri.. haihhh... tp ada sorang hamba Allah ni yg sempoi giler kentang.. biar betik.. telah menulis surat bantahan utk dihantar kpd wakil TV3 mengenai drama Nora Elena (rasanya x hantar kot.. sbb blogger ni menulis secara suka2).

Mula2 baca mcm formal laa.. tp seriyes lawak gila Miss Geli aka Nowa nih, Pengerusi Ibu-Ibu Menyusu Badan menyuarakan isi perut & isi hati ribuan penonton melalui surat rasminya. Ikuti surat bantahan penuh emosi selepas ini.

Baik punya cilok dari Miss Geli :




Nowa Kakitangan Kerajaan, Putrajaya


TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya



Tuan,



Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena



Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.



2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.



i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.




Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?




ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.




Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??




Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!




Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.




Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!




iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.



Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.




iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.




Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??




Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess




v) Tak logik punya citer..




Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha




vi ) kari hangus, nasik hangit.




Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..



vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.




Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati



“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”




“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”



Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.




3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.




Sekian,



“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”


( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.



** wakakakakakaaaaa.... ada yg terputus urat kentut x..? Respek abis laa kat Nowa ni.. tabik spring toing toing toing! kekekeke.. Tima kasih jugak laa utk NOWA sbb menyedarkan realiti yg Seth Tan tu cuma watak imaginasi. Sila bangun dan terima suami anda seadanya.. Nasib jugak laa ada suami.. kalo x dak.. haaa gigit jari laa weiii.. kui kui.. :p

Thursday, June 9, 2011

Nur Kasih De Movie.. sob sob

Actually, Me & my BFsF adalah antara insan awal yg menonton filem Nur Kasih de Movie tau.. yesss..!! Kami semua mmg sgt teruja laa nk pegi menonton.. nak tau kesudahan percintaan antara Nur & Adam.. konflik apa yg bakal dilalui lagi...

Jom komen ckit..

1st of all.. before komen pasal jalan citer, nak I tegaskan.. kalo anda pengikut setia drama bersiri Nur Kasih.. then only anda dpt merasa kekuatan percintaan antara Nur & Adam. Baru laa bole faham betul, perjalanan cerita.. apa yg nk disampaikan tersurat & tersirat.. Kalo yg x mengikuti drama tetiba nak tonton filem.. bukan x boleh.. tp nanti ada yg tertdo & merungut sbb xdpt feel sebenar-benarnya. Nasihat jujur dari saya.. sila tgk drama dulu yer.. : )

1. kalo dah nama filem hasil arahan Kabir Bhatia, mesti bole agak dah mcmana punya Mantop nya cinematography yg dihasilkan. Shot2 menarik daripada pemandangan yg cantik.. subhanaallah.. indahnya ciptaan Allah. Bukan setakat di Malaysia malah di Jordan jugak memberikan pemandangan yg tdk menghampakan. Kiranya lepas ni kalo ada sesiapa nk ke Jordan bole laa cakap.. 'eh eh.. Adam jalan2 dgn Nur dekat cni laa'.. ataupun.. 'kat cni laa cincin Nur hilang lepas accident keretapi.. kan kan..'

2. Skrip garapan Mira Mustafa mmg penuh dgn ayat2 indah, tegas & mendalam. I sgt suka bila part Nur berjumpa dgn jehan Miskin (lupa watak apa).. lebih kurang mcm ni laa

Jehan : Kenapa u xnak terima offer I.. sbb bangunan yg I nak buat tu penuh maksiat..? tempat menari-nari, sediakan kencing syaitan..?
Nur : Sbb haram.
Jehan : Macam tu laa org Melayu.. bila nak ditolong berlagak.. hey.. i'm trying to give u money.. cummon..
Nur : Rezeki saya bukan di tangan encik.. tp di tangan Allah

haaa.. ambik ko.. x semua Melayu tu mudah lupa yer... sekurang-kurangnya filem & skrip2 mcm n i laa secara x langsung membuka minda dan mengingatkan sesama kita.

3. Emosi.. bab EMO ni mmg laa aku fail ckit.. dlm hati ada taman segar bugar woii.. so senang laa buat airmata & air idung I meleleh.. sob sob.. Ujian & dugaan yg digambarkan, dihadapi oleh insan bernama Nur, Adam & Aidil sebenarnya adalah antara perkara normal yg manusia lain jugak hadapi. Aidil kematian isteri tersayang akibat kemalangan, Nur keguguran walaupun Adam menatangnya bagai minyak penuh & sakit/penyakit yg dialami Adam mempengaruhi kehidupan mereka suami isteri. Yg menyentuh jiwa, bila ketabahan & kesabaran yg kuat ditonjolkan serta sokongan keluarga & org2 terdekat menjadikan mereka lebih istimewa.

4. Peralihan babak ke babak xnampak cacat cela sgt, malah adakala buat kita tertanya-tanya dan ingin tahu lebih lanjut apa sebenarnya. Macam kemunculan watak2 Dato' Rahim Razali & Efida Es secara chipsmore (kejab ada kejab xder.. hehe). bole kata kesinambungan berjalan lancar laa. Momentum pun berjaya membawa perasaan berbaur2, kejab happy, kejab sedih sob sob, kejab adrenalin naik ckit, kejab marah, kejab simpati.. mcm2 adaaa..

5. Watak yg semakin matang.. terutamanya Nur.. kalo dulu asyik nangis dan redha jer apa yg Adam buat, kali ni tidak lagi yer.. dia laa byk bagi nasihat & jadi kekuatan utk Adam & Aidil bila berhadapan dgn ujian. Respect tgk ketegasan Nur masa polis Jordan nk hentikan usaha mencari Adam yg hilang. Nur dgn tegas ckp 'NO.. we will continue to find him tommorrow'.. dgn sedikit jegil mata, sampai polis tu pun terdiam.. hahaha.. best best.. laki hilang weii.. ingat nk dok diam kaa.. karang ada yg meroyan kat Jordan tu..

6. CGI.. bab ni I xpandai laa nk komen.. tp ada yg suka.. ada yg hmmm.. ampeh ckit kot. Time Adam mimpi kena serang & Nur ditembak.. mmg real laa.. tergezuttt sgt time tu.. hati pun dag dig dug.. berdebar tonton nih... Bila masuk part keretapi berlanggar dgn lori... haihhh.. rasa mcm nk marah laa lori bodoh tu.. apsal laa ko lintas tgh2 jalan keretapi pehtu sangkut pulak.. iskkkk.. time bergegar tu ok lagi.. time meletop tu.. dah nmpak kurang real & x kemas.. bila part sorang pak arab terbakar.. bukan buat i rasa nk kesian tp.. waakakakakakakaa... ni kartun sesat mana pulak ni.. adeiiii.. xpayah buat terbakar pun xpa kot... bila dah ada rasa cacat pulak.. adeiii

7. Muzik sepanjang filem berjalan.. mmg sesuai sgt laa.. lagu dari Aizat, Sabhi Saddi & Helena, Mila Jirin & lagu Nur kasih itu sendiri. Mmg mewarnai setiap rasa, sepanjang perjalanan cerita.. Memang terbaekk laaa..

6. Setiap pelakon memberi lakonan yg jujur.. yg bila kita tonton rasa mcm mereka adalah watak mereka (sayangnya berbeza skali di luar yea). Maybe sbb Tiz & Remi pun mmg ada 'hubungan matang' (bak kata Yusry KRU) kat luar kot.. sbb tu bole create scene romantika di amor memanjang.. jeles I.. mentang2 laa my hubby dok jauh.. huhuhuu.. yg paling cute anak Aidil dlm filem tu lakonan Mia Sara & sorang boy yg x I xtau namanya, tp dlm filem wataknya bernama Elyas. I rasa this boy muda lg, dlm 7-8 thn camtu.. tp berlakon real betul.. mcmana dia zahirkan kecewanya kehilangan ibu pada usia muda. Kematangannya dlm memahami bapa yg kesedihan.. waaa.. hebat laa.. Kabir Bhatia mmg terror cari pelakon. Tp I sgt kuciwa bila watak Elyas yg dewasa dilakonkan oleh Norman Hakim.. mmg x bole blahhhhh... adeiiii... spoilerrr :p

Lagi satu part yg I sgt suka.. bila Nur tersedar lepas accident, Adam tgh membelakangkan Nur (tgh berdoa).. bila Nur panggil Adam.. scene tu tunjuk Nur dlm keadaan yg comot, luka dgn tudung herot petot tp comeii sekali.. hahaha.. nk tergelak pun ada.. 1st time aku rasa tgk Tiz comei dgn tudung herot petot. Kalo Nicole Kidman yg berlakon mesti tetap kontrol cunz melecunz x kira bom bergegar sana cni pun.

7. Ending nya mmg very unexpected.. kalo nak tau apa.. sempat lagi menonton di pawagam kot.. dengarnya x kan ditayang di Astro 1st.. so pakat2 laa menyokong filem melayu yg berkualiti yer.

Kesimpulannya.. I berpuas ati menonton filem Nur Kasih ni.. masih menepati my expectation. I rasa nk bagi rating 3.5 out of 5 laa..

Skrg jom layan picas mommies yg sakan outing ni yea.

Aida, Mommy cun.. yg senyum sokmo : )

Gee, coffee lover.. yg asyik dgn coffee jaa x abis2

Kak Lina, driver yg baik ati.. menyempurnakan misi kami pada hari itu.. tenkiu kakak


Me, blogger mummy yg mata ada sedikit bengkak.. sbb kerap nangis masa tgk movie.. sedey weiii.. rupanya aku sorang jaa dlm hati ada taman... EMO nihhh... sob sob sobb..

Me & de lovely Kak Lina were wearing baju yg almost de same design & color.. cer tgk betul2.. kami ni mmg bercitarasa yg lebih kurang sama.. beli baju pun kadang2 berebut sapa dpt dulu.. hahahaha (berebut manja jaa.. kami x dengki sama sendiri yer)


What I wore :
Dress : Vintage Dress
Jeans : Disney Pooh skinny jeans
Jacket : bought from a boutique in SP
Bag : ColorStyleMal
Shoes : Strappy sandals from XES.
Shawl : Peace Collections

Fireball 2011

Apa tu Fireball.. actually yearly event yg dibuat oleh my company to celebrate the company's spirit and to thank employees globally for their hard work. So byk laa program yg dah diaturkan.. dan x semua laa yg I join pun.. hehehe..

Aktiviti yg I suka, Best Fireball Days Spirit 2011 Award.. yg ni berkaitan dgn kerja hias menghias persekitaran ofis. Mula2 tu me and frens buat x tahu jer.. maklum laa selalunya di conquer oleh org2 yg terlebih semangat buat aktiviti2 yg bukan berkaitan dgn kerja ni.

I bole join pun bila ada suara sumbang kata, people x cooperate nk buat fun aktiviti.. Cummon.. xkan x sedar sapa yg dok conquer and x pernah nk tanya pun org lain sebelum ni.. Dats de reason laa org x ambik pusing.. haihhh.. kalo nk mintak contribution org lain.. kena laa down to earth ckit.. and welcome people at the rite time laa.. and yg penting jgn berlagak mcm u sorang jaa pandai.. org lain x pandai.. teamwork tu penting.. kalo mmg dah rasa xbole org lain nk lebih dari diri sendiri.. buat laa kerja sorang2 yer... haihhhh.. kan dah kena bebel dah.. haihhhh

ok ok.. jom tgk picas laa.. penat karang nk menaip di cni..

Antara hiasan yg berjaya dibuat.. luckily.. hasil kerja beramai2, department kami
berjaya mendapat tempat ke2 dlm pertandingan ni.. yg paling penting team spirit yg berjaya dicetus melalui aktiviti.
Bila kita buat kerja secara ikhlas.. menang pun dgn penuh bangga.. tp kalo kita buat kerja secara tamak.. menang pun x guna sbb rasa sakit ati.. kononnya org lain x mahu tolong sama.. so which 1 better..??
(Maybe kena kaji kot.. samaada org lain x mahu or meluat..) :p


Next.. bila dah petang join pulak telematch.. atas ni pic kawan2 yg join acara pecah belon yer.. hahaha.. mcm budak2 kan.. memandangkan i budak yg x reti tiup belon, so xdapet laa join yer.. hehe

Sujana in red shirt, tgh concentrate cari strategi.. hehe


kawasan kafeteria yg dijadikan gelanggang sementara telematch


Tara.. beraksi sebelum start acara bawak bola pingpong dlm sudu.. bab posing.. mmg juara laa.. hahaha

tetap ketaq main game budak2 ni.. nasib baik bola pingpong x jatuh dari sudu

Me & An bersama hadiah kami.. bukan hadiah sbb menang.. tp hadiah penghargaan sbb masuk bertanding (maksudnya kalah laa wei.. kui3x).. hadiah yg x terpikir dek akal kami.. pengorek telinga berlampu.. yeayyyy.. nak lompat tinggi2 laa dpt hadiah ni muahahahhhaaa

Posing lagi.. bersama hadiah tempat ke2 Best Fireball Days Spirit 2011 Award.. nasib baik xdak pertandingan posing memosing.. agak2 bole menang x..? hehehe


**kalo anda perasan, kebanyakkan drpd kami memakai baju berwarna merah, putih, oren, kuning & hijau (company's logo).. semuanya salah satu semangat yg ditonjolkan utk support program2 yg dianjurkan..

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP