Friday, July 1, 2011

My problem with shoes.. aiyakkk...

Memandangkan I ni mmg seorang surirumah berkerjaya yg shopaholic.. so mcm2 koleksi laa yg I ada di rumah kan.. dari baju.. seluar.. shawl.. aksesori.. termasuk laa KASUT.. yeaa.. my peberet ni.. pantang nmpak sale and stiletto yg tinggi2.. mesti memanggil-manggil jaa suh beli.. haihhh..

Masalah besar yg I hadapi.. nk simpan kasut2 I yg dah menggunung (at least for me la kan).. hehehe.. I mmg x der special place utk kasut2 I ni.. kalo rajin I susun.. bila dah kelam kabut nk ke kerja.. habis berterabur.. hahaha... mesti my MIL tension kasut I menyemak di hall rumah kami.. nasib laa.. hehehee

Kan I dah kata.. berterabur gila kan.. bila I rajin, mmg tersusun cantik laa tempat ni.. gambar di atas lepas I kelam kabut cari kasut yg sesuai dgn baju I nk ke ofis..


Di satu hari yg rajin.. I kemas laa kawasan semak tu, then baru I noticed.. antara kasut kesayangan & kesukaan I dah pun rosak.. huhuhuu.. bukan saja sbb x terjaga dgn baik tp sbb dah lama x pakai.. (kan kasut banyak).. huhuhuu..

Yg paling tension, the gold heels kat depan tu laa.. Balenciaga tu beb.. dah merekah abis kasut tu.. uwaaaaaaaaaaaaaaaa
Sandal yg putih tu pulak.. kenangan masa pregnant.. kasut tu laa yg dibelasah setiap hari, sbb selesa & cantik.. nasib baik time pregnanti xleh pakai heels.. kalo x mmg belambak lagi laa koleksi.. hehehe

Kesudahannya my assistant yg comei ni dah masukkan semua kasut ke dalam bungkus plastik utk dibuang.. huhuhu.. sedey weiii..


"Heavy laa Umi"


Ni antara kasut2 harian yg perlu disimpan dgn baik utk elakkan perkara yg sama dari berulang

Ni pulak antara koleksi kesayangan, ada kasut hantaran, kasut akad nikah, kasut kerja lepas balik pantang, kasut rasa mcm Cinderella, kasut kaler yg I suka.. tp semua kena hantar repair.. adeiii


Utk mengurangkan rasa fening kepalaku..

****

****

****

****

****

****

****

****

****

****

My hubby tersayang dah tolong menyelesaikan masalah I.. yeayyyy


Taraaa.. new home for my shoes... yeszaaaaaaaa... yg kotak2 kat tepi tu tersimpan kasut2 utk direpair..


More organized kan.. syoknyaa... (kasut2 di bawah tu my MIL punya yer)

** eh eh.. ada ruang kosong lagi laa.. hmmm.. baik tambah kasut baru utk penuh kan ruang yg ada kan kan.. muahahahahaa...

Hantu Durian

Xder kaitan dgn hantu mak limah.. kisah ni pasal hantu yg kiut miut.. gila kentang bila jumpa buah durian.. sapa lagi kalo bukan my lil' prince, Darwisy.. sejibik mcm umi dia gak.. abi mmg reject terus dgn bau durian.. iskk iskk.. rugi sungguh kan..

Jom layan picas..

Nampak x si kecik ni tgh buat apa..? Tgh kopek buah durian beb.. terror lak tu.. haha

Haa.. kan dah terkopek pangsa durian tu.. siap tergolek jatuh lagi isi dia.. kuat laa si kecik ni


Aksi seterusnya ialah makan dgn rasa best skali


Muka happy giler dpt makan buah durian


Penuh nikmat yeaa..


"Umi nak x..? Delicious.. nyumm nyumm"


Ni rahsianya.. anak I bole makan durian berulas-ulas.. minum air dari pangsa durian tu sendiri.. petua org dolu2 bg menyejukkan badan (sebelum & selepas makan durian)


** My FIL said.. nmpak jaa Tok Abah bok masak durian dlm durian.. terus si kecik ni renyih sampai ke telinga.. haihhh.. mmg geng umi ni.. hehehe : )

Monday, June 27, 2011

Quote of the day




Thursday, June 23, 2011

Beban rasa..


Hmmm.. mana patut ku mula.. sebuah rasa.. sebuah rahsia.. yg x tahu ku luahkan di mana.. Beban.. terasa beratnya.. senak dada ku memikirkannya.. kalo laa bole ku luahkan.. pada siapa..? Kadang kala aku rasa bersalah.. kenapa harusku bebankan org lain.. sedangkan aku sendiri adakalanya x kuat menanggung.. ini kan org lain yg belum tentu memahaminya.. Diam.. dan terus diam..

Pura-pura.. aku masih berpura tidak ada apa yg bakal berlaku.. sampai bila perlu aku berdusta.. pada diri sendiri.. aku tidak secekal yg nmpak.. aku memendam rasa.. sampai bila..? Reda.. mungkin kah..? Aku gementar memijak langkah.. Ibarat ombak membelah pantai.. tidak terduga hempasannya..

Aku mengisafi diri ku.. kerdilnya aku.. x tertanggung ujianMu.. Andainya ia datang sbg mencuci dosa.. sesungguhnya aku redha.. Ya Allah.. permudahkan laa perjalanan ku.. kuatkan semangatku menempuh ujianmu


Terima kasih buat si dia yg cuba memahami.. seluas lautan sayang ku buat mu.. hadirmu adalah kekuatan nadi ku..

Skrin Di 9 : Selumbar Kasih

Dah 2 weeks I tonton drama Skrin Di 9 pada setiap hari Rabu.. citer2nya sgt menarik. Semalam telah ditayangkan drama yg berjudul Selumbar Kasih... lakonan Izara Aishah, Beego, Aznah Hamid, Shahruddin Thamby.

Sinopsis :
Mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja bernama Zulaikha yang cuba membantu keluarganya yang miskin dengan menjadi seorang tukang cuci dan pekebun di rumah Datuk Mustafa... Zulaikha telah jatuh cinta dgn anak Datuk Mustafa, Azlan. Malangnya cinta mereka tidak direstui oleh Datin, ibu Azlan kerana perbezaan darjat..?

Dato' & Azlan amat mengagumi keluhuran hati budi serta peribadi Zulaikha. Azlan telah jatuh cinta pada Zulaikha dan melamarnya secara peribadi di rumah ibu bapa Zulaikha. Bila ibu Azlan dpt tahu tentang hubungan mereka, terus ditohmahnya Zulaikha dgn pelbagai penghinaan. Terasa maruah Zulaikha dipersendakan, dia mengajak kedua org tuanya berpindah ke Jordan (rumah abgnya) sambil meneruskan pelajaran di sana. Zulaikha merupakan penuntut jurusan undang2.

Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara Dato' & Datin menyebabkan Dato' mengingatkan kembali siapa dirinya sebelum berkahwin dgn Dato'. Azlan yg terlalu mencintai Zulaikha telah berusaha mencari & menunggu Zulaikha, malangnya dia & keluarganya telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Setahun berlalu, peristiwa kehilangan Zulaikha telah menghancurkan hati Azlan menyebabkan hidupnya tidak terurus dan terus jatuh sakit hingga terlantar di kerusi roda. Keadaan Azlan menginsafkan ibunya agar tidak merendahkan cinta suci anaknya terhadap Zulaikha.

Tanpa Azlan, Dato' terpaksa menguruskan syarikat mereka yg semakin merosot dan menghadapi pelbagai jenis saman. Sehinggalah satu hari Dato' berurusan dengan pejabat guaman kerana isu saman terhadap pejabatnya dan peguam yang menguruskan kesnya ialah Zulaikha. Dato' berjaya mendapatkan alamat rumah Zulaikha dan membawa Datin & Azlan berjumpa keluarga Zulaikha. Reaksi Datin agak terkejut dgn rumah besar yg didiami Zulaika menunjukkan perubahan hidup mereka. Walaupun kehadiran mereka disambut baik oleh keluarga Zulaikha, namun Zulaikha sendiri tidak menyenanginya.

Bila Azlan muncul di atas kerusi roda barulah muncul perasaan serba salah Zulaikha. Ibu Azlan merayu Zulaikha membantu Azlan dan kerana ehsan dan kesungguhan Zulaikha, Azlan kembali normal semula selepas beberapa bulan berlalu.

Pengakhiran citer ni tidak laa seperti yg diharapkan.. walaupun Azlan sembuh dari sakitnya, Zulaikha tetap tidak menerima Azlan semula. Apa yg telah dikorbankannya utk menjaga Azlan hingga sembuh cuma sekadar atas dasar kemanusiaan. Zulaikha tidak mahu pisang berbuah 2 kali dan memohon agar Azlan mendoakan kebahagiannya.. The End.


My comment :
Kalo laa watak Zulaikha bole dilakonkan oleh actress lain mcm Tiz Zakiah, Fasha Sandha or Faradiya, Tasha Shila ker lagi best ni.. Izara berlakon ok ok jer.. tp byk mcm hafal skrip benor bunyinya.. Beego dah semakin improve lakonannya, siap bole nangis lagi.. aku dah laa xleh tgk laki2 nangis ni.. sob sob sobb.. Si Datin lakonan Aznah Hamid mmg menjadi laa.. tp aku heran sungguh.. Melayu ni mmg cepat lupa kan kan.. dulu susah.. dah kawen dgn org kaya.. memilih nk menantu kaya jugak.. iskk iskkkk

Boring ckit plot ke plot.. mcm kena sunting sana cni jer.. adeiii.. xdan nk feel abis lagi.. dah kena telan feeling len lak.. ending pun x best... berlagak betuii si Zulaikha ni.. hahahaha.. tp keseluruhannya.. aku suka cita ni akceli.. sbb rasa touching especially part lagu2nya.. best weiiii.. bengkak mata aku dibuatnya.. aku EMO... muahahahaaa.. jom antara lagu dlm drama ni yer..



Di saat Aku MencintaiMu by Dadali



Pelengkap hidupku

This song is specially dedicated to My Dearest B..
by Eren feat Romi


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia




Friday, June 17, 2011

Mari melawat kebun rumah saya.. jom..jom..

Dah masuk tahun ke 5 I tinggal di rumah my MIL.. rupa2nya baru I perasan.. I x betul2 melawat kawasan rumah kami.. hahaha.. maklumlaa I kan bekerja dari pagi ke malam.. balik rumah tgk apa yg patut then tido.. ujung minggu lak cbok memasak, mengemas, melayan suami & sometime cbok jalan2 or shopping.. mmg xder peluang betul2 I nk teroka seluruh kawasan.. (alasan laa nih.. hehhee)

Bila masuk musim buah ni.. setahu I laa kan.. rumah I mmg meriah dgn buah rambutan.. mcm2 jenis adaaa... tp thn ni I jumpa mcm2 buah pulak.. bila I tanya my MIL, dia ckp dah lama dah pokok ada.. hohohooo.. kenapa aku x tau nihh..?? Musykil.. So I jalan kan research dgn kadar segera laa... jom tgk..


Yg tinggi ni adalah pokok durian.. dah mula berbuah tp belum dpt dirasa hasilnya sbb asyik jadi makanan tupai jaa.. haihhh


Ni pun satu lagi pokok durian yg semakin mengeluarkan buah.. sempat jugak merasa buahnya yg nyumm nyumm sedap


Nmpak x 2-3 bijik buah yg sedang bergayut di atas sana..


Yg rimbun ni adalah pokok ciku atau pun buah sawa


I sgt suka buah ni. Lepas dikopek, dan disimpan dlm fridge lagi sedap.. waaaa


Ni yg paling baru I noticed.. I pun x cam mulanya pokok apa

Dah tau pokok apa kan.. yeaaaa.. rupanya ada pokok manggis di belakang rumah I.. buah di atas masih muda yea.. kalo x mmg I dah sebat dah.. hehehe

Pokok ni plak, jenis yg x payah semai or tanam.. tp dia muncul sendiri jaa

Pokok terung belanda.. ni kalo masak sambal tumis dgn udang ni.. perghhhhh..... melecurrr..

Ni pulak pokok yg sentiasa subur dan tinggi melayut


Buah sukun ni mmg sgt kerap mengeluarkan hasil.. tp kurang plak nk makan sbb berangin

Yg ni plak pokok buah cempedak bukan cempelak yeaa..

Buahnya mmg gemok2.. so I dah save portion cucuq cempedak sebijik 0.40 sen di luar sana

Yg ni nmpak hampir sama.. tp sebenar tidak.. ini pokok buang nangka yea

Yg betul2 bersebelahan dgn rumah kami ialah pokok jambu madu.. bila musim panas.. buahnya mmg manis giler..


Ni pun sejenis pokok jambu yg x ramai org tau/kenal

Pernah tgk..? Jambu mawar namanya.. isinya nipis tp berbau wangi mcm bunga mawar.. I mmg x suka sgt nk makan sbb rasa pelik.. mcm makan minyak wangi kekeke

Di sini plak kawasan pokok pelam Cok Anan.. teringat pokok pelam Harum Manis di rumah lama I dulu.. huhuhu

Ni pulak pokok buah belimbing buluh

Rasanya mmg sgt masam.. tp jadi penyedap dlm masak lamak.. my MIL plak suka buat acar buah waktu bulan posa dan jika ada kenduri kendara.. so belimbing ni sgt memainkan peranan besar..

Kat cni ada 2-3 jenis pokok pisang yg I x sure jenis pisang apa.. yg I tau.. tiba2 jer mesti my MIL gorengkan pisang2 ni.. petik dari kebun sendiri ja x payah beli..


Pokok betik pun dah ada.. rasanya semai dari biji buah betik yg pernah kami makan & simpan

Tp belum lagi dpt rasa buahnya sbb masih muda

Ni pulak pokok kegemaran ramai.. kalo ada tetamu yg datang mesti nak ambil hasil dari pokok ni jugak

Pokok buah kedondong/ambra yg sgt murah rezeki nya.. x pernah putus buah ni sepanjang tahun.. dulu2 I x pernah heran pun org nk datang petik buahnya.. skrg ni pantang ada buah yg gemok, I pun cbok nk kutip buahnya utk dibuat air ambra + asam boi.. perghhhhhhh.....


Pokok buah rambutan yg galak berbuah di sebelah kanan rumah kami.. jenis Jarum Emas

Gambar ni diambil masa buah masih menghijau yea



Ni pulak pokok rambutan jenis Anak Sekolah di sebelah kiri rumah kami

Buah2 rambutan di rumah kami ni jenis yg lekang dan manis

Ni pun pokok yg sgt2 berguna di rumah kami.. betul2 di depan laman rumah.. Alhamdulillah buahnya pun x pernah berhenti merimbun sepanjang tahun

Buah limau kasturi yg digunakan hampir setiap hari.. utk menghilangkan bau ikan/ayam, dibuat air & jugak diperah ke dlm sambal belacan or ayaq asam

Pokok kelapa gading yg menghiasi laman rumah

Walaupun pokoknya kurang tinggi.. kadang2 x sempat nk ambil buah kelapa ni sbb dah dikerjakan dek tupai yg jahat.. haihhhh

Yg ni kategori buah jugak x..? hehehe.. walaupun saiz nya kecik comei jer.. tp tahan kepedasannya adalah jurus super duper pedas yeaa... teringat cabai saiz yg sama di Sabah yg I makan dulu.. langsung x pedas.. ampehhh tuii..



Selesai sudah trip kita di kawasan kebun rumah I yg baru jer I kenal.. hahaha.. oh yea.. x lama lagi bakal ada koleksi pokok buah baru di rumah kami yeaa... tunggu update bila pokok tu dah besar plak laa.. **winkss

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP