Wednesday, July 10, 2013

Semoga Ramadhan merubah kita..

Manusia ni sentiasa ada syaitan yg berdekatan.. menghasut.. mengganggu.. dan mempengaruhi perbuatan kita. Terpulang pada kita mcamana nk mengelakkan dan menggagalkan hasutan syaitan ini.

Kaum hawa terutama skali menjadi golongan mangsa yg mudah diperdayakan. kadang kala hal yg remeh temeh.. dianggap mudah.. biasa saja.. sebenarnya antara penyumbang kelemahan kaum wanita.

Based on my personal experience.. merasa.. melihat persekitaran.. dan pernah melakukan.. paling ketara bila kaum hawa bersama sahabat.. pasti ada perbuatan umpat mengumpat.. oOh.. kadang2 bukan mengumpat.. istilah itu ditukar kepada 'saja bersembang', 'gossipping' dan 'membincangkan'. Sgt mudah kerja syaitan bila kaum hawa mula berkumpul.

Topik terpulang pada peribadi si pembual.. ada yg rasa dirinya hebat.. cantek manis.. baik dari org lain.. bertudung labuh.. tapi sebenarnya tidak menutup peribadi sendiri.. asyik melihat kesalahan dan kesilapan org lain. Semua benda pasal org lain adalah salah di matanya.. common laa.. manusia ni xder yg sempurna.. Harini u ada di atas.. esok lusa belum tentu di mana kedudukan u.. Ingat..! bukan semua org yg bertudung labuh/berserban itu dijanjikan syurga.. kalo akhlaknya mengguriskan org lain..

Ada jugak yg jenis busybody aka penyebok celah kain org.. yg ni pun ramaiii... sebenarnya bukan xder keja.. tapi saja nk menambah dosa.. seronok sgt mengambil tahu perihal org lain.. sambil tu menyokong laa sesama sendiri.. hal org itu salah.. org ni x betul.. kena buat mcm ni.. kena buat mcm tu.. jenis mcm ni bole join 'Persatuan Kaki Penyebok'.. aktivitinya suka menghukum perbuatan org lain.. bersorak melihat jatuh bangkitnya org lain.. memberi komen dan pendapat2 bernas serta kesimpulan kepada apa yg terjadi pd org lain.. tapi x jugak suarakan pada org yg benar2 terlibat. Tapi mereka lupa.. hal2 mereka jugak bakal disebokkan jugak oleh org lain. Maklumlaa.. ahli persatuan kan ramai..

Jenis penyampai cerita lebih buruk perangainya. Selalunya jenis org mcm ni.. moto hidupnya 'sharing is caring'.. yea yea.. share the sin u made together gether yea.. Adakalanya utk menyedap cerita yg bakal disampaikan.. berlaku laa tambah, tolak, plus, minus di dlm cerita.. padahal si penyampai tidak terlibat dalam kejadian itu pun. So tersebar laa fitnah di sini.. eh bukan fitnah.. x ngaku.. 'cerita berdasarkan apa yg diceritakan'.. wat happen to the 'Telephone' game in team building yg bermula dgn TL membisikkan ayat ke telinga team members kemudian dibisikkan seorang demi seorang hingga ke telinga ahli yg terakhir.. pernah cuba..? jarang sekali cerita org terakhir itu sama dgn ayat yg dimulakan.

Penghasut di celah2 kawanan sgt berani skali.. anda laa penyebab segala propaganza.. Benda yg kecil lama2 jadi besar.. dari yg xtau menjadi ramai yg lebih2 tahu.. kan si penyebok dan penyampai cerita sgt ramai bilangannya.. mudah jer kerja si penghasut ni.. cerita dgn penuh perasaan.. emo ckit.. drama lebih2.. ok done.. Ada teori mengatakan kalo x suka kan seseorang.. akan ada 10 org yg x sukakan kita.. disebabkan si penghasut ni laa.. Bravo to you.. sampaikan cerita anda dgn penuh drama yea.. anda telah berjaya drag kawan2 anda menjadi sekutu anda.. lupakah anda.. anda jugak tergolong dlm ayat yg mula tu.. anda x suka org.. org pun x suka anda.. wat u give.. u get back.. plus dosa free..

x lupa jugak kepada si pengadu domba.. apa benda pun perlu diberitahu pada org.. xkira jenis pulak tu.. jenis yg penyebok, penyampai cerita or si penghasut.. apa jenis cerita pun mesti nak diadukan x kira saiz nya kecil.. yg besar apa tah lagi.. Yg dok mengadu tu sbb dah xreti nk handle prob sendiri ke..? slalunya jenis mcm ni memerlukan sokongan ramai org. Such annoying..

Ada jugak terselit.. jenis yg share sbb xtau nk berdepan dgn org yg terlibat.. so bercerita laa konflik yg ada dgn org lain. mintak pendapat.. mintak sokongan.. tapi x berdepan dgn org yg sebenar.. yea anda mendapat sokongan tp tidak dpt settle kan konflik anda.. Bravo 5X.. yg p share dgn org x berkaitan boleh pulak.. kalo dah salah mengaku la salah.. kalo x tau salah apa.. tanya laa.. itu pun xreti.. oh.. sokongan kuat.. anda x bersalah apa2.. saja jaa org suka berkonflik dgn anda.. org yg berasa dirinya lebih baik.. xpernah buat salah dgn org.. org lain yg bersalah dgn dirinya..

Tujuan entry ini ditulis.. utk mengingatkan diri sendiri.. bagaimana syaitan bole menghasut golongan hawa menjadi kawannya. Memandangkan bulan Ramadhan yg mulia ini.. semua syaitan telah diikat.. perlu mengingatkan diri sendiri utk menjauhkan segala perbuatan2 di atas.. dan mempraktikkan sifat2 yg benar secara istiqomah.. Berpuasa bukan sekadar mengawal lapar dan dahaga.. tapi mengawal mata, telinga, hidung, segala anggota penting badan terutamanya hati & mulut.. kerana ia akan memberi kesan kepada keperibadian kita.

Kita takkan suka kalo rakan perempuan lain menjual perihal cerita kita.. jadi janganlaa kita pulak berbuat perbuatan yg sama.. lagipun x semua kawan2 yg boleh dipercaya.. Kalo berasa tempias antara jenis2 kaum hawa di atas.. sama2 laa kita berubah.. bukan utk org lain.. tapi utk diri sendiri. Kalo x mengaku pun xper.. xder sapa yg suruh berasa.. tapi ingat.. Allah Maha mengetahui..

Kita ni bukannya sempurna.. tetap ada salah dan dosa.. biar Allah yg menghakiminya..


'Biarlah orang nak kata apa kat kita. Mereka tak boleh buat apa yg kita buat sebab itu mereka bercakap. Harap-harap dengan cakap-cakap sahaja mereka rasa akan jadi lebih hebat. Ubah mentaliti sekarang.. bercakap memburukkan orang lain dengan apa cara sekalipun tidak membawa kebaikan kepada tukang cakap. Sekalipun orang yg dikata itu jatuh.. ia tidak akan membuat orang yg mengata itu jadi lebih baik.. SAIFUL NANG'..

Salam Ramadhan.. semoga Allah menerima taubat dan amalan kita..

Tuesday, July 9, 2013

Allah Maha Mengetahui..

Ya Allah..

Semoga kau beri aku kekuatan menghadapi ujian mu.. menghadapi manusia2 yg sifatnya munafik..

yg kononnya x bercerita.. tp mengadu domba
yg kononnya tidak memfitnah.. tp menyebar cerita sebelah pihak
yg kononnya bukan hipokrit.. tp manis didepan lain benar belakangnya
yg kononnya bukan mengumpat.. tp menjadikan perihal ku perbincangan mereka
yg kononnya bukan pengkhianat.. tp sifatnya melukakan..
yg tiada kena mengena.. tp menyokong tidak semena-mena..

sesungguhnya aku membenci perbuatan mereka.. tp aku mengasihani mereka.. kerna mereka bakal berhutang kemaafan dariku selamanya

berikan aku kekuatan dan kerendahan hati utk memaafkan mereka..

Ya Allah.. kau gantikan laa setiap perbuatan mereka terhadap ku sebagai 1 ganjaran pahala.. jauhkan aku dari sifat2 mereka itu..

Beri laa petunjukMu.. dan balasan yg setimpal.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.. aamin..

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP