Sakit Tekak Melanda..
Cuaca skrg mmg tidak menentu, sekejab hujan, sekejab panas seterusnya membawa penyakit laa kepada kita semua termasuk I ni haa.. Masih lagi dlm keadaan yg sama.. kesakitan di tekak yg xmo hilang sejak 2-3 ari yg sudah.. kering & pedih semacam, buat badan x selesa jer.. and de best part sora halus mulus ku skali telah dibawa pergi.. adeiii.. ni kalo I buat panggilan hangit ni mesti ada org ingat sora 'adik' pulak.. tulen banggg... ewwwww...
Keadaan I skrg spt separuh bisu.. sungguh x tahan.. nk ckp dgn my hubby tru phone pun dah xdak feel langsung dah.. huhuhuu.. bila ckp dgn Darwisy.. dia terpaksa tanya " Apadier Umi... apadier.." adeiii.. penat laa.. dah laa sakit tekak semua org acting pekak lak suh I repeat 2-3 kali.. tension laaaa....
Ubat.. dah mcm2 jenis jugak laa I telan or kulum.. berangin sekejab jer di tekak.. but sora I masih sama jugak.. I beli loose supplement Excel from Bee Fen.. dah laa kena bukak kapsul dan telan sikit demi sedikit serbuk herbs di dalam.. sungguh x sedappp... di hujung2 nanti baru terasa nyaman jer... 1 hari ada gak laa 1 makan 4-5 bijik bila rasa x selesa di tekak melanda. Malangnya xder perubahan ketara.. adeiii.. nak cari ubat lagi power aci x..??
Hari ni I cuba pulak herbal drops Zecuf, beli di farmasi recommended by kak Nonnie.. setakat ni tekak I masih lagi dingin laa.. tp bila batuk.. jammed... perit balik.. jenuh laa camni.. tolonggg tolonggg... tolongg pulihkan tekak dan bagi balik sora sayaaa.....
Yeaa.. I terpaksa minum air asam hari-hari, tho I bukannya penggemar rasa asam yg kelat2 manis buat muka I berkerenyot tu... ada yg dibeli dgn cepat dari kedai.. ada jugak yg dibuat sendiri.. kalo yg dibeli instant tu mmg x tulen laa & agak manis then bila minum terasa perit jugak di tekak.. I dunno why. Kalo yg buat sendiri ni mmg kurang terasa laa.. tekak pun selesa ckit especially bila hasil air tangan hubby tercinta... sedapnyaaa... nyummm nyummm.. apsal laa hubby kena duduk jauh bila tgh sakit2 camni.. haihhhh...
I bukannya penggemar air 0, air masak, air suam, air puteh, etc.. rasa bercinta jer bila nk minum.. payah nk habis.. tp bila dah sakit mcm ni.. ku gagahkan hati & tekak jua.. telan sebanyak yg mungkin.. glupp gluppp... kalo batuk jaa minum.. batuk jaa minum.. lepas tu I ulang toilet... minum, then p toilet... dah jadi muka penunggu toilet jaa ni.. kalo teruk, alamat tukaq uniform mcm Aci laa nanti... hahaha.. rasanya ada hikmah jugak laa sakit mcm ni, buat I jadi lebih suka minum air 0 yg x berperisa apa2.. lunch time pun order ayaq suam or mineral water.. kira ok laa kan.. hehehe..
Disebabkan I mmg x sabar2 nk baik dgn segera, I terpaksa menahan diri dari minum air ais atau makan ais cube tu skali (hilang nikmat niii..), kurangkan makanan pedas (tp kena add ckit laa bagi berasa.. kalo x, mmg xleh makan hehe), kurangkan makanan berminyak (I mmg suka makanan bergoreng, nak elakkan terus rasanya xdpt kot.. so kurangkan jer laa :p ), kurangkan makanan manis (terpaksa buat, sbb bila I makan yg manis rasa makin perit huhuhuu).. iyer iyer.. I just tambahkan manis dlm senyuman jer takut nanti org ingat I sombong lak sbb x bercakap..
Haa ahh.. I mmg x bercakap dgn sapa2 pun di ofis melainkan dgn G jer.. tu pun time kitorang keluar lunch, kalo I berbahasa isyarat jugak ngan dia rasanya dia xleh bawak keta, sbb asyik tgk I jer.. hahaha... kalo di rumah xper laa I terpaksa keluarkan jugak sora ala2 Ramli Sarip ni.. Darwisy tanya "Umi sakit tekak ke..?? Nanti Abi balik beli Ubat tekak.. bigggg... besar punyaaa." hahaha.. sgt concern laa anak I ni.. Umi love you sayangg... muahh muahhh
Zaman FB ni bila update status jer.. ramai laa yg baik ati bagi petua itu ini... Tima kasih yer kawan2.. Ada jugak yg I google sendiri and rasa pelik tp menarik jer mcm kat website ni (kredit to Mr. admin). Meh I kongsi ckit kat cni naa :
KERAK NASI:
1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
BUAH PISANG:
2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
SAYUR PEGAGA:
3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
MADU LEBAH:
4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
Merawat Sakit Tekak;
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
Rasanya nak kena balik try jugak satu2 ni.. Mana tau berkesan utk I kan.. buat anda yg sedang mengalami sakit yg sama.. silaa laa cuba.. jgn segan yer.. kalo ada petua2 lain yg lebih berkesan kongsi2 kan laa bersama.. : )
0 comment:
Post a Comment