Skrin Di 9 : Selumbar Kasih
Dah 2 weeks I tonton drama Skrin Di 9 pada setiap hari Rabu.. citer2nya sgt menarik. Semalam telah ditayangkan drama yg berjudul Selumbar Kasih... lakonan Izara Aishah, Beego, Aznah Hamid, Shahruddin Thamby.
Sinopsis :
Mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja bernama Zulaikha yang cuba membantu keluarganya yang miskin dengan menjadi seorang tukang cuci dan pekebun di rumah Datuk Mustafa... Zulaikha telah jatuh cinta dgn anak Datuk Mustafa, Azlan. Malangnya cinta mereka tidak direstui oleh Datin, ibu Azlan kerana perbezaan darjat..?
Dato' & Azlan amat mengagumi keluhuran hati budi serta peribadi Zulaikha. Azlan telah jatuh cinta pada Zulaikha dan melamarnya secara peribadi di rumah ibu bapa Zulaikha. Bila ibu Azlan dpt tahu tentang hubungan mereka, terus ditohmahnya Zulaikha dgn pelbagai penghinaan. Terasa maruah Zulaikha dipersendakan, dia mengajak kedua org tuanya berpindah ke Jordan (rumah abgnya) sambil meneruskan pelajaran di sana. Zulaikha merupakan penuntut jurusan undang2.
Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara Dato' & Datin menyebabkan Dato' mengingatkan kembali siapa dirinya sebelum berkahwin dgn Dato'. Azlan yg terlalu mencintai Zulaikha telah berusaha mencari & menunggu Zulaikha, malangnya dia & keluarganya telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Setahun berlalu, peristiwa kehilangan Zulaikha telah menghancurkan hati Azlan menyebabkan hidupnya tidak terurus dan terus jatuh sakit hingga terlantar di kerusi roda. Keadaan Azlan menginsafkan ibunya agar tidak merendahkan cinta suci anaknya terhadap Zulaikha.
Tanpa Azlan, Dato' terpaksa menguruskan syarikat mereka yg semakin merosot dan menghadapi pelbagai jenis saman. Sehinggalah satu hari Dato' berurusan dengan pejabat guaman kerana isu saman terhadap pejabatnya dan peguam yang menguruskan kesnya ialah Zulaikha. Dato' berjaya mendapatkan alamat rumah Zulaikha dan membawa Datin & Azlan berjumpa keluarga Zulaikha. Reaksi Datin agak terkejut dgn rumah besar yg didiami Zulaika menunjukkan perubahan hidup mereka. Walaupun kehadiran mereka disambut baik oleh keluarga Zulaikha, namun Zulaikha sendiri tidak menyenanginya.
Bila Azlan muncul di atas kerusi roda barulah muncul perasaan serba salah Zulaikha. Ibu Azlan merayu Zulaikha membantu Azlan dan kerana ehsan dan kesungguhan Zulaikha, Azlan kembali normal semula selepas beberapa bulan berlalu.
Pengakhiran citer ni tidak laa seperti yg diharapkan.. walaupun Azlan sembuh dari sakitnya, Zulaikha tetap tidak menerima Azlan semula. Apa yg telah dikorbankannya utk menjaga Azlan hingga sembuh cuma sekadar atas dasar kemanusiaan. Zulaikha tidak mahu pisang berbuah 2 kali dan memohon agar Azlan mendoakan kebahagiannya.. The End.
My comment :
Kalo laa watak Zulaikha bole dilakonkan oleh actress lain mcm Tiz Zakiah, Fasha Sandha or Faradiya, Tasha Shila ker lagi best ni.. Izara berlakon ok ok jer.. tp byk mcm hafal skrip benor bunyinya.. Beego dah semakin improve lakonannya, siap bole nangis lagi.. aku dah laa xleh tgk laki2 nangis ni.. sob sob sobb.. Si Datin lakonan Aznah Hamid mmg menjadi laa.. tp aku heran sungguh.. Melayu ni mmg cepat lupa kan kan.. dulu susah.. dah kawen dgn org kaya.. memilih nk menantu kaya jugak.. iskk iskkkk
Boring ckit plot ke plot.. mcm kena sunting sana cni jer.. adeiii.. xdan nk feel abis lagi.. dah kena telan feeling len lak.. ending pun x best... berlagak betuii si Zulaikha ni.. hahahaha.. tp keseluruhannya.. aku suka cita ni akceli.. sbb rasa touching especially part lagu2nya.. best weiiii.. bengkak mata aku dibuatnya.. aku EMO... muahahahaaa.. jom antara lagu dlm drama ni yer..
0 comment:
Post a Comment