Saturday, October 31, 2009

Cerita petang Sabtu

Umi saya ckp Abi saya akan pulang petang nanti. Jadi kami ber2 pegi ke rumah Tok ayah utk menghabiskan masa sambil menunggu. Mcm2 yg saya dan Umi buat utk menghabiskan masa kami ber2.

Ada sesuatu di atas kepala saya.. tp saya buat2 xnampak.. cuba lihat muka berkerut tanda x suka.. arghh
oOo ini topi cute yg saya jumpa.. lepas tu ada org letak atas kepala saya yg agak cute ini Org itu.. x lain x bukan... Umi saya yg xdak keja aritu.. asyik buli saya jaa
Kami jugak sempat keluar bersiar.. tp bukan saya yg drive keta.. saya eksen saja
Saya dgr muzik guna hp Mak Chaq saya.. best jugak ni.. (sambil angguk2 kepala)
Skrg saya dah x tahan.. kena call Abi saya.. tanya bila nk sampai.. bila Umi saya boring dia dok snap pic saya.. saya pun dah x larat berlakon dah posing2 dah ni.. sekian

Friday, October 30, 2009

Tamu x diundang

Khamis lepas.. rupanya ada tetamu yg x diundang datang menginap di luar rumah I.. hmm I tau pun lepas lil' Darwisy yg ajak pegi jenguk.

Ini adalah almari kasut lama yg terletak di luar rumah
Ini pulak penghuni yg baru menumpang di ctu.

Rupa nya ada kucing sesat yg dah terberanak dalam almari kasut tu.. aiyakkk.. I mmg xnak galakkan Darwisy dekat dgn kucing (tho I knew he'll love it), tp dah jadi camni.. terpaksa laa bela buat sementara waktu. since dat morning, Darwisy akan bangun awal setiap pagi dan ajak I bukak pintu.. sebab.. nak jenguk baby cats.. haihhh


Demam Rindu

The next day.. I balik ke rumah my parents, Darwisy tiba2 demam. Susah ati gak I sbb budak kecik ni kalo demam mmg merap jer laa keja dia. Dah la my hubby x balik.. agaknya rindu kat Abi kot.. huhu

Nak menempek manja ja kat Umi.. sian anak Umi
Menguap sbb ngantuk makan ubat kot
Nasib baik I balik umah parents.. ramai laa penglipur lara
Mood semakin berubah.. ada harapan nk baik cepat ni
Paksu tgh buat aksi.. Darwisy sgt laa seronok
Gumbira hingga menutup mata
Betul laa .. laughter is the best medicine.. Next morning Darwisy dah kembali ke suhu asal.. Alhamdulillah

Tinggal kami ber 2 saja

yuhuuu.. sudah berminggu rupanya ku menyepikan diri dari dunia blogging ku.. oh rindu nyaa.. kuang kuang.. jiwang di hari Jumaat. Sebenarnya I tiba2 hilang daya kreativiti utk menulis gara2 suamiku enggak pulang sejak 2 minggu lepas - reason : compulsory team building. ampehh tuii..

kami ber2 (+ Darwisy) pun bukan diam2 saja, jalan2 jugak.. destinasi : rumah Makcik Dasimah di Taman Selasih Kulim. Maybe ada yg kenal Makcik sbb dia ni tokei restoran Dasimah di Kulim jugak. On 8th Nov, Makcik and Pakcik akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan Haji. So kami ke sana bg menghadiri kenduri doa selamat memohon keberkatan perjalanan mereka ke sana.. InsyaAllah..

Slalu bila ke majlis2 kenduri, pastinya kami ber3 tapi kali ni ber2 ja.. nasib baik budak kecik ni dah pandai buat kawan.. so he met a new fren there.

Jom main dgn saya nak x..?
Kita main cam ni.. sila tgk tangan saya
Alaa.. jgn laa tgk kamera tu, Umi saya mmg suka tangkap gambar saya
Tolong buang temucut kat seluar saya ni pun bagus jugak
Yeayy.. awak ni sgt pandai sbb tolong buat temucut kat seluar saya..
Skrg nak belasah motor rotan tok cik lak
Nama roda dia x pusing pun?
iskk.. naper x gerak2 ni
kita main kat tempat tinggi la ckit

Nasib baik laa si kecik ni x buat hal sgt sepanjang majlis tu.. kalo x.. mau pengsan laa Umi dia.. huhu

Monday, October 12, 2009

Mari kita jenguk..

Ada sesuatu di rumah Mak Wo & Pak Wo.. so kami bawak la lil'Darwisy menjenguk ke sana

Abi sedang bawak si kecik masuk ke dalam kawasan kebun Pak Wo
Tempat apakah ini..? Cuba teka
Haaa.. inilaa isi di dlm. Binatang comel tp agak ganas sedang bersembunyi ketakutan.
Sebenarnya ini adalah perangkap yg dipinjamkan oleh Jabatan Perhilitan bagi menangkap monyet2 liar di kawasan kampung kami
Bila dah masuk perangkap mcm ni, rasa kesian plak tgk makhluk Allah ni. Sebenarnya bila dah ditangkap, monyet2 ni akan ditembak/bius ubat yg boleh menyebabkan kematian secara perlahan. Ini adalah salah satu kerja penghapusan/pengurangan populasi monyet liar.
Cuba lihat secara dekat, ada seekor anak monyet sedang bergantung pada ibunya. Waktu monyet2 ni ditangkap cuma terdapat 4 ekor monyet dewasa saja. Menurut Pak Wa, bila diperiksa skali lg, tiba2 muncul si anak dlm kumpulan tu. I rasa si ibu yg masuk perangkap tp si anak x nak berpisah dgn ibu, so dia masuk melalui lubang besi yg muat dgn saiz anak monyet tu. Sedih kan.. huhu
Dua beranak ni tgh kusyuk tgk monyet
Darwisy berani pegi lebih dekat lagi sbb nak tgk dgn lebih jelas
My hubby sedang berbual dgn Pak Wo tentang monyet2 yg dah ditangkap tu.

Memandangkan kampung I ni kaya dgn hasil tanaman kampung, so mmg menjadi tempat persinggahan laa binatang2 liar spt monyet, babi hutan, harimau hutan dan sebagainya. Tapi yg kerap sgt membuat onar, tentunya si monyet n de gang. Bila tgk terperangkap dlm perangkap tu mmg la kesian sgt, tp bila teringat apa yg diorang buat spt mencuri ayam, telur ayam, tanaman, sepahkan kawasan rumah.. mmg sakit hati, rasa mcm nk tembak jaa.
Tapi tu laa.. nak salahkan binatang2 ni pun x boleh jugak.. sbb binatang pun mencari makanan mcm manusia jugak. So apa yg boleh buat.. mengawal keadaan drpd berleluasa ja. So bila dipikir-pikir pasal manusia yg suka mencuri ni agaknya mewarisi perangai daripada monyet kot..!!hmmm

Makan lagi

Hari Sabtu seperti biasa, I & Darwisy akan pulang melepak di rumah my parents sementara menunggu my hubby pulang dari Lumut. Kebetulan on last Sabtu my abah menjemput kawan rapat family I(berjiran waktu di Taman Keladi) utk makan2. So I pun turut laa membantu menyediakan makanan utk jamuan malam.

Apa kaitan gambar vacuum ini dgn sate (my abah punya resepi)..? Oh.. sebenarnya vacuum ni abah guna utk cepatkan nyalaan api.. serba guna tau vacuum ni kalo x .. harga x mahal laa..
Ni laa tukang masak (Kak Ngah & Cik Minah) yg diimport utk masak bihun goreng
Aktiviti bakar sate seperti biasa di belakang rumah yg lapang
Nasib baik laa bila Umi sibuk.. ada org yg nak jaga si kecik ni
Punya suka laa si kecik ni dilayan oleh dayang2
Ni time makan pun dah x mo duduk dgn Umi & Abi.. p cari Kakak jaa
Sedia menjamu selera
Penuh ruang depan rumah my parents yg agak kecil
Bila buat makan2 ni confirm penat.. tapi bila dah duduk ramai2.. penat pun hilang..
: )

Sunday, October 11, 2009

Bila sudah mandi Darwisy suka ..

Skrg ni bila dah semakin membesar.. dah macam2 tabiat Darwisy yg I perasan. Antaranya nak minum nenen (susu) sebaik saja lepas mandi. Kalo laa I x prepare awal.. abis laa budak kecik ni mengamuk.. x sabar2.. dok push Umi suh buat dgn kadar ASAP.. haihh

Bila dah dpt nenen ada lagi satu benda yg dia suka buat.. sila tgk gambar di bawah.

Ini laa tempat tidur Darwisy (berkembar dgn katil Umi & Abi).. sudah pun dikemaskan selepas bangun pagi
Skrg lihat si kecik ni dah mula berguling atas katil
Tgh sorok muka sambil renyih muka nakal.. sbb Umi dok bising kat dia
Ni nak buat apa pulak xtau laa.. abis semua ditarik keluar
Nak minum nenen dgn bear besar (hadiah besday dari Mak Jang - adik I no 4)
Ni pulak lepas I kemaskan semua yg disepahkan.. si kecik ni datang lompat sekali lagi sbb seronok kena marah dgn Umi.. haihh rasa nk gigit ja budak ni
**kalo perasan Darwisy ada byk jugak teddy bear.. hampir kesemua pemberian adik beradik I and my hubby. Tho si kecik ni budak yg lasak.. adakala berjiwa sentimental gak (manja lebih) mcm Abi dia gak laa.. ngeh ngeh





Darwisy pun ada koleksi jugak

Lil' Darwisy sgt suka main dgn permainan dari pelbagai jenis bentuk kenderaan ; kereta, basikal, lori, keretapi. Bila dalam kereta pun Darwisy sgt suka sebut Oo Eii (Lorry), Car, Bus, Choo Choo (Train) bila nmpak ja atas jalan.
Darwisy mmg seorang baby boy yg agak lasak, so dari kecik lagi mmg dah mengumpul mainan bergerak yg boleh dia tunggang ke sana cni (dlm rumah saja). Kalo setakat kereta/lori kecik2 x yah cita laa.. bersepah rumah dibuatnya. Jom tgk koleksi Darwisy..
Kenderaan pertama Darwisy- Anakku 2 in 1 Walker (+ rocking) I beli waktu Darwisy berusia 6 bulan tp budak kecik ni mula suka naik bila dah umur setahun ++
Walker ni lak dibeli waktu Darwisy hampir setahun, tujuan utk merangsang otot2 kaki supaya boleh berjalan dgn segera. Tapi budak kecik ni lebih suka bermain dgn punat2 kaler maler yg boleh mengeluarkan muzik bila ditekan.. haihh.. akhirnya mula berjalan pada usia 1thn 2 bulan
Push Car hadiah dari Tok Ayah bila Darwisy berusia 1 tahun Tricycle yg Umi beli waktu Darwisy berusia 1 1/2 tahun
Yang terbaru.. Umi baru beli on last week, tp basikal ni pun disponsor oleh Tok Ayah (Umi tukang beli ja.. hehe) - ni kira advance 2nd besday present laa
Ini reaksi gumbira Darwisy dpt basikal baru (gambar kurang jelas sbb budak kecik ni bukan setakat renyeh nmpak gigi, siap melompat riang ria suka ati)
Mari kita test basikal baru
Macam mana nk kayuh ni.. boleh jalan sendiri x
Nak kena check semua ni.. start dari depan dulu laa
Part depan settle, tgk bhgn sisi lak
Nampak OK ni.. kita check belakang lak
laa.. ni wayar apa lak sangkut ni..?
Darwisy : Mi .. O syak.. O syak (rosak.. rosak)
Umi : bukan la sayang.. tu wayar brek.. iskk iskkNak naik basikal baru.. kena pkai shoes crocs baru
Ni nak tgk tv pun duduk atas basikal jugak ni.. xleh nk duduk bawah dah
Umi ni asyik snap pic dari tadi lagi.. malu dah ni.. haha
Kawan yg boleh share barang dgn Darwisy tentunya Paksu yg sama saiz ja dgn dia.


Basikal yg paling baru ni ditinggalkan di rumah Tok Ayah.. nanti senang la Darwisy nak main onda..onda (ronda) dgn Pak su. Lagipun kat umah I dah ada 2-3 jenis basikal/transport. So Darwisy still boleh main dgn koleksi kenderaannya.

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP