Sunday, February 28, 2010

Bahaya.. Oh tidak!!

Memandangkan I tinggal di kawasan kampung yg agak jauh dari tempat kerja.. balik pun agak2 lewat malam.. byk laa kemungkinan atau bahaya yg perlu I jauhi.. contohnya kemalangan.. kereta breakdown.. org2 yg x dikenali.. hantu-jembalang -gambar hantu mmg langsung x tengok yer sbb takut imagine tgh jalan. Dan satu lagi binatang2 yg x disangka2 di tgh jalan.. maklum laa gelap2 ni kadang2 penglihatan tu terbatas la ckit. So tahap awareness I perlu laa sgt2 tinggi sepanjang pulang dari kerja setiap hari.

Antara yg I risau.. sekawanan di bawah ni.. haihhh.. I ada experience terserempak dgn geng samseng kampung ni di tgh2 jalan masuk kampung I tau.. dah laa melepak tgh2 jalan then block laa jalan I nk balik ke rumah. Dat time lak hp abis kredit nk tepon my hubby x bole la.. huhu.. bila I bukak lampu n tekan hon.. I rasa cam geng2 ni tgh memberi renungan tajam kat I.. uwaaaaa... mcm mana nk balik ni.. bila nk jalan jer.. yg si besar skali - saiz tanduk menyamai lebar saiz kereta I.. berdiri di tgh2..

last sekali.. I nangis jer kat ctu.. dalam hati dok doa ada org selamat kan I.. huhuhu.. tiba2 turun sebijik moto.. sorang makcik dgn anaknya selamba jer hon n jalan di tgh2 kawanan tu. Alhamdulillah.. Allah dah mendengar rintihan hati I terus jer I dpt pertolongan.. tskk tskk.. Lepas tu baru laa geng2 ni bagi jalan I balik.. hampir 15min jugak laa I trapped kat ctu.. Balik kat rumah bila hubby tanya.. terus nangis n majok.. sbb hubby x tolong.. hahahahhaa.. ini laa pengalaman I yg paling sadis skali bila terserempak dgn sekawan KERBAU..

Gambar ni I tangkap dari simpang kampung.. diorang tgh bersiap sedia nk melintas jalan.. bijak gak diorang ni tau undang2 jalan raya.. pandang kiri.. pandang kanan.. pandang kiri balik.. baru jalan yer.. tapi kalo terus jalan pun semua keta mesti berhenti utk hampa semua.. hahahaha
close up ckit.. cuba tgk betapa besarnya size mereka ini.. takut woOoo kalo jumpa tgh malam huhu

**Amacam kawan2 ada berani jumpa diorang ni..?? hehehe

Global Team - Makan2

Nak citer ckit pasal makan2 aktiviti on last week. I, adnin n kak Dilla yg jadi organizer.. hoho.. penat jugak laa. Mulanya plan nk buat pot luck.. saja laa nk have fun ckit kan.. asyik2 organizer jer yg sediakan food. Last minute plan changed sbb nya our sponsor- Zohri dia nk sponsor semua. Alamakkk.. nampak gaya organizer jugak laa yg nk kena prepare food.. huhu

Ladies sedang menyediakan hidangan
sempat lagi nk posing sebelum makan.. nanti lepas makan nmpak gemuks hahaha
ini laa dia.. variety of food.. semuanyaa best.. nyum nyum masa utk bertindak yer.. kita serbu segera.. hehe
ceria jer bila dpt makan free kan.. kan
Semua sedang sibok memenuhkan perut..
Muka2 kekenyangan.. : )

Bila sekali sekala buat aktiviti makan2 ni mmg best.. tp xmo laa kerap2.. sbb para organizer yg penat.. hoho

Tuesday, February 23, 2010

Bisul

Memandangkan cuaca yg agak panas dan kering skrg ni, bermacamlaa masalah kesihatan yg timbul. Sakit yg x disangka-sangka pula terkena dekat lil' Darwisy.. BISUL.. and de worst part is terkena betul2 bawah his lips. Can you imagine.. kesian laa kat Darwisy.

Mulanya I x sedar, sbb I thought just normal ulser memandangkan I pun terkena.. maybe he got infected from me. Malangnya sakit lain.. hmmm.. luckily me and hubby singgah ke clinic dr. Akram on last Sunday and he detected the reason.

Alhamdulillah bila dah makan ubat clinic.. harini bisul and bengkak dah semakin surut.. Darwisy pun dah kembali ceria bermain. Leganya.. bila tgk his happy face back.. : )

**Agaknya musim panas ni mcm2 penyakit datang tanpa diundang termasuk meroyan kan.. iskk iskk

Wednesday, February 17, 2010

Khas buat Cik Anon..

Entry ini sebenarnya saya tulis khas buat Cik Anonymous aka Cik Anon yg telah memberi kritikan pedas terhadap saya.. terima kasih utk komen anda.. walaupun saya marah.. tapi saya tidak perlu melenting sbb mungkin anda tidak kenal siapa saya.. dan saya jugak tidak mahu kenal siapa diri anda...

Cik Anonymous, saya tidak memerlukan kritikan anda utk sedar di mana pangkat dan kedudukan saya. Saya sentiasa bersyukur dgn apa yg saya ada hingga sekarang dan yg paling penting tidak pernah iri hati dgn kelebihan/kejayaan org lain. Saya agak bersimpati dgn anda.. mungkin anda mempunyai pangkat yg tinggi tapi rendah peribadi.. xperlu laa anda marah atau irihati dgn saya yg kerdil ini.

Sebelum saya teruskan, a soft reminder to all readers (especially Cik Anonymous).. this is just a PERSONAL blog.. yg mana saya akan menulis mengikut kehendak hati saya.. dan tidak ada kena mengena dgn manusia2 yg berhipokrasi. Tujuan blog ini di buat adalah utk berkongsi cerita sesama ‘RAKAN’ .. saya ulang.. ‘RAKAN’.. dan bukan tujuan publisiti kepada mana2 pihak yg tidak berkaitan. Sebarang entry yg saya buat hanyalaa imbasan kenangan for me and my family (bukan family org lain yer!!)

Maybe Cik Anonymous tidak paham tujuan berblog.. so di sini akan saya ceritakan secara lebih lanjut. This blog is a part of my life jurnal.. so of course laa saya akan tulis pasal family saya kan.. kalo sempurna or x sempurna this is how we are. Tidak ada sebab utk saya menulis tentang family org lain kan.. xder kena mengena dan saya x dpt untung sesen pun. Mana2 tempat yg saya pergi then I make an entry for it disebabkan saya x nak lupakan those memories.. Otak saya ni pun bukannya boleh simply nk upgrade RAM.. bila makin tua makin pelupa.. so this is how I record them and later hope to be read by my son/family. Maybe juga ada frens/readers yg terbaca menghadapi situasi atau tergerak hati ke tempat yg sama. This is where ‘Sharing’ is used.

Kenapa citer yg bagus2 saja dalam setiap entry.. sbb saya jenis yg suka mengimbas kenangan yg indah2 dan baik2 belaka.. buat apa nk dikenang kenangan2 buruk atau pun sebarang masalah. Saya perlu mengelak daripada tenaga –ve yg ada utk tidak menjadi org yg pendendam dan busuk hati. Bukankah ini salah satu langkah yg bijak..? Sekiranya saya menghadapi masalah dan dipublish di dalam blog ni, tidakkah mengundang lebih banyak masalah dan juga komen2 pedas daripada org yg tidak bertanggungjawab yg menggelar diri mereka ‘Anonymous’..??

Saya jugak tidak berniat utk menonjolkan kesempurnaan hidup saya di dalam blog ini.. setiap yg dipamerkan adalah benar dan ikhlas serta tiada sebarang penipuan. Saya bukan laa seorang yg Perasan.. tapi yer.. saya mempunyai Perasaan.. tapi perlu saya akui.. baru sekarang saya terPerasan.. ada seseorang seperti Cik Anonymous yg suka mengikuti perkembangan saya. Pelik tapi benar.. Siapa laa saya utk dibandingkan dgn Cik Anonymous yg hebat.. jika anda bukan org yg hebat pasti anda tidak pandai mengkritik org lain. Cuma sayangnya anda adalah seorang pengecut yg pandai mengkritik di sebalik ID Cik Anonymous.

Oh yer.. ada jugak sesetengah entry yg saya buat khas utk manusia2 yg kurang kesedaran diri. Bukan tujuan utk memperlekehkan mereka.. tapi disebabkan manusia2 seperti ini agak kurang kesedaran siviks dan berada di dalam kelompok kecil sbb tdak mempunyai RAKAN yg ramai. So agaknya mcmana laa nk sedar.. kalo xder sebarang bimbingan.

Who Am I..?? Saya cuma laa seorang hamba Allah yg agak prihatin dgn org2 seperti ini. Bukan apa.. kadang2 sifat kurang kesedaran diri tu bukan saja menyusahkan diri sendiri tapi mengundang masalah kepada org2 lain yg tidak berdosa. So saya rasa terpanggil utk buat sesuatu walaupun sekadar menulis. Saya harap menerusi tulisan (walaupun ada yg menyampah). boleh memberi sedikit kesedaran buat mereka2 yg terlepas pandang.

Saya ni bagus sangat ke..? Yup.. I am a good person. I’m a positive thinker.. and I always try to do good things. Namun, saya tetap hamba Allah yg x sempurna.. semua yg buruk dan lemah itu datang dari diri sendiri yg baik itu datang dari Allah. X der sapa pun yg hebat dan sempurna.. kalo harini kita berada di atas.. esok lusa mana tahu tempat kita di bawah pulak. Roda masa kan selalu berputar.. so jangan laa slalu memandang rendah terhadap org2 yg berada di bawah kita.. Mungkin yg rendah itu lebih mulia.

**Buat Cik Anonymous.. renung2 kan dan selamat beramah dgn berhemah ..!!
**Blog ini sedia terbuka buat semua readers (termasuk para 'Anon').. sekiranya anda tidak suka.. sila laa jgn kembali ke blog ini semula. Buat readers yg sudi singgah dan memahami.. terima kasih buat Anda.. : )

Thursday, February 4, 2010

Rezeki..

1st word in mind... Alhamdulillah... I've succeeded to get 1 of my new year wish. After waiting and being understanding on economy crisis.. today I received my official promotion letter.. yeayyy..!! This is blessing from Allah and I really feel grateful & thankful for it. My family's rezki.. :)

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP