Monday, June 27, 2011
Thursday, June 23, 2011
Beban rasa..
Hmmm.. mana patut ku mula.. sebuah rasa.. sebuah rahsia.. yg x tahu ku luahkan di mana.. Beban.. terasa beratnya.. senak dada ku memikirkannya.. kalo laa bole ku luahkan.. pada siapa..? Kadang kala aku rasa bersalah.. kenapa harusku bebankan org lain.. sedangkan aku sendiri adakalanya x kuat menanggung.. ini kan org lain yg belum tentu memahaminya.. Diam.. dan terus diam..
Pura-pura.. aku masih berpura tidak ada apa yg bakal berlaku.. sampai bila perlu aku berdusta.. pada diri sendiri.. aku tidak secekal yg nmpak.. aku memendam rasa.. sampai bila..? Reda.. mungkin kah..? Aku gementar memijak langkah.. Ibarat ombak membelah pantai.. tidak terduga hempasannya..
Aku mengisafi diri ku.. kerdilnya aku.. x tertanggung ujianMu.. Andainya ia datang sbg mencuci dosa.. sesungguhnya aku redha.. Ya Allah.. permudahkan laa perjalanan ku.. kuatkan semangatku menempuh ujianmu
Terima kasih buat si dia yg cuba memahami.. seluas lautan sayang ku buat mu.. hadirmu adalah kekuatan nadi ku..
Posted by Heart at 6/23/2011 07:13:00 PM 2 comment
Labels: Pot Pet
Skrin Di 9 : Selumbar Kasih
Dah 2 weeks I tonton drama Skrin Di 9 pada setiap hari Rabu.. citer2nya sgt menarik. Semalam telah ditayangkan drama yg berjudul Selumbar Kasih... lakonan Izara Aishah, Beego, Aznah Hamid, Shahruddin Thamby.
Sinopsis :
Mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja bernama Zulaikha yang cuba membantu keluarganya yang miskin dengan menjadi seorang tukang cuci dan pekebun di rumah Datuk Mustafa... Zulaikha telah jatuh cinta dgn anak Datuk Mustafa, Azlan. Malangnya cinta mereka tidak direstui oleh Datin, ibu Azlan kerana perbezaan darjat..?
Dato' & Azlan amat mengagumi keluhuran hati budi serta peribadi Zulaikha. Azlan telah jatuh cinta pada Zulaikha dan melamarnya secara peribadi di rumah ibu bapa Zulaikha. Bila ibu Azlan dpt tahu tentang hubungan mereka, terus ditohmahnya Zulaikha dgn pelbagai penghinaan. Terasa maruah Zulaikha dipersendakan, dia mengajak kedua org tuanya berpindah ke Jordan (rumah abgnya) sambil meneruskan pelajaran di sana. Zulaikha merupakan penuntut jurusan undang2.
Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara Dato' & Datin menyebabkan Dato' mengingatkan kembali siapa dirinya sebelum berkahwin dgn Dato'. Azlan yg terlalu mencintai Zulaikha telah berusaha mencari & menunggu Zulaikha, malangnya dia & keluarganya telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Setahun berlalu, peristiwa kehilangan Zulaikha telah menghancurkan hati Azlan menyebabkan hidupnya tidak terurus dan terus jatuh sakit hingga terlantar di kerusi roda. Keadaan Azlan menginsafkan ibunya agar tidak merendahkan cinta suci anaknya terhadap Zulaikha.
Tanpa Azlan, Dato' terpaksa menguruskan syarikat mereka yg semakin merosot dan menghadapi pelbagai jenis saman. Sehinggalah satu hari Dato' berurusan dengan pejabat guaman kerana isu saman terhadap pejabatnya dan peguam yang menguruskan kesnya ialah Zulaikha. Dato' berjaya mendapatkan alamat rumah Zulaikha dan membawa Datin & Azlan berjumpa keluarga Zulaikha. Reaksi Datin agak terkejut dgn rumah besar yg didiami Zulaika menunjukkan perubahan hidup mereka. Walaupun kehadiran mereka disambut baik oleh keluarga Zulaikha, namun Zulaikha sendiri tidak menyenanginya.
Bila Azlan muncul di atas kerusi roda barulah muncul perasaan serba salah Zulaikha. Ibu Azlan merayu Zulaikha membantu Azlan dan kerana ehsan dan kesungguhan Zulaikha, Azlan kembali normal semula selepas beberapa bulan berlalu.
Pengakhiran citer ni tidak laa seperti yg diharapkan.. walaupun Azlan sembuh dari sakitnya, Zulaikha tetap tidak menerima Azlan semula. Apa yg telah dikorbankannya utk menjaga Azlan hingga sembuh cuma sekadar atas dasar kemanusiaan. Zulaikha tidak mahu pisang berbuah 2 kali dan memohon agar Azlan mendoakan kebahagiannya.. The End.
My comment :
Kalo laa watak Zulaikha bole dilakonkan oleh actress lain mcm Tiz Zakiah, Fasha Sandha or Faradiya, Tasha Shila ker lagi best ni.. Izara berlakon ok ok jer.. tp byk mcm hafal skrip benor bunyinya.. Beego dah semakin improve lakonannya, siap bole nangis lagi.. aku dah laa xleh tgk laki2 nangis ni.. sob sob sobb.. Si Datin lakonan Aznah Hamid mmg menjadi laa.. tp aku heran sungguh.. Melayu ni mmg cepat lupa kan kan.. dulu susah.. dah kawen dgn org kaya.. memilih nk menantu kaya jugak.. iskk iskkkk
Boring ckit plot ke plot.. mcm kena sunting sana cni jer.. adeiii.. xdan nk feel abis lagi.. dah kena telan feeling len lak.. ending pun x best... berlagak betuii si Zulaikha ni.. hahahaha.. tp keseluruhannya.. aku suka cita ni akceli.. sbb rasa touching especially part lagu2nya.. best weiiii.. bengkak mata aku dibuatnya.. aku EMO... muahahahaaa.. jom antara lagu dlm drama ni yer..
Posted by Heart at 6/23/2011 04:04:00 PM 0 comment
Labels: Review Movie/Drama
Pelengkap hidupku
by Eren feat Romi
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
Posted by Heart at 6/23/2011 03:13:00 PM 0 comment
Labels: Lyrics Today
Friday, June 17, 2011
Mari melawat kebun rumah saya.. jom..jom..
Bila masuk musim buah ni.. setahu I laa kan.. rumah I mmg meriah dgn buah rambutan.. mcm2 jenis adaaa... tp thn ni I jumpa mcm2 buah pulak.. bila I tanya my MIL, dia ckp dah lama dah pokok ada.. hohohooo.. kenapa aku x tau nihh..?? Musykil.. So I jalan kan research dgn kadar segera laa... jom tgk..
Selesai sudah trip kita di kawasan kebun rumah I yg baru jer I kenal.. hahaha.. oh yea.. x lama lagi bakal ada koleksi pokok buah baru di rumah kami yeaa... tunggu update bila pokok tu dah besar plak laa.. **winkss
Posted by Heart at 6/17/2011 10:35:00 PM 1 comment
Labels: Must Share, Sana Sini
Congrats to Faizal & Liza
Bila cuti sekolah tiba... kenduri kendara pun mula laa memanggil para tetamu datang.. cuti kali ni melibatkan perkahwinan cousin my husband, Faizal. Kami x attend hari akad nikah sbb dibuat on workday (Khamis). Tiba hari kenduri pulak, kami sekeluarga menjadi sedara2 yg pegi menyambut pengantin perempuan.. kebetulan pulak resepsi pihak pengantin perempuan dibuat pada hari yg sama. Mesti letih diorang ni kan..
Posted by Heart at 6/17/2011 09:58:00 PM 1 comment
Labels: Celebration
Kung Fu Panda 2
Jom I citer ckit :
1. Starting of de movie I missed ckit.. sbb terkejar2 masa dari rumah nk ke cinema ni.. my hubby terlupa ada aktiviti gotong royong di kampung.. so time kitorang masuk wayang.. movie dah start for few minutes. haihhhh...
2. Seriyesly watak Po ni mmg clumsy & kelakar sgt.. tp sengal2 dia ni, each of action & decision yg dia buat mmg menghasilkan unexpected result.. sgt bestt..
3. Konflik semakin hebat.. bukan saja misi menyelamatkan dunia & China yg Po & de geng kena juangkan tp ada jugak personal konflik yg Po alami dlm movie ni.. sesengal watak Po ni, dia tetap ada hard time to face his emotion & inner konflik. Po nk siasat kenapa dia merupakan panda terakhir yg ada di China. Ada laa scene flashback2 yg melibatkan Lord Shen ni dgn family Po.
4. Watak jahat baru dlm movie ni, de albino peacock Lord Shen..mmg jahat sungguh.. kalo sekali tgk cam ok jer.. sbb peacock kan cantik.. tp giler berlagak betuiii.. sungguh2 proud as a peacock. Lord Shen ni pandai kungfu tp x laa bole lawan kehebatan senior2 warrior di China tu, tp menggunakan konco2 wolves yg jahat.. then terciptanya new magic weapon (meriam)... legend warrior di China pun bole kalah.
5. Friendship between Po and 5 warriors semakin rapat.. kalo dulu dlm previous movie Tigress x setuju angin dgn Po, dlm filem baru ni.. diorang bole jadi buddy.. siap bole peluk Po lagi nk bg Po comfort. Waktu lawan mmg sgt cool.. hebat laa diorang ni tho just a cartoon character.. tru teamwork, never give up & always encouraging each other, they succeeded to stop the evil plan of Lord Shen.
6. More touching scenes.. kasih sayang between the father noodle hawking goose & Po. Bila goose father citakan how did he 1st found Po.. bagi makan.. kena guna tactic nk bagi mandi.. until dia decide nk jaga Po.. mmg sedih laa.. part paling sedih bila Po teringat balik memories yg hilang. Saat kampung panda yg aman damai diserang oleh Lord Shen lepas dpt tilikan seekor panda akan menjatuhkan Lord Shen. Semua panda dlm kampung tu kena bunuh so his father suh mak Po bawak lari waktu Po baby (seriyes comei giler Po time baby) and sembunyikan Po dlm kereta tolak berisi sayur (dihantar ke rumah Goose). Sedih sgt bila saat mak Po nk berpisah dgn Po tu.. huhuhuuu
7. Movies ni best sgt sbb cukup rasa.. pedas, manis, masin, masam.. x jemu rasanya.. kalo anda rasa KungFu Panda 1 best.. this is the doubleness.. so jgn lupa menonton...
Posted by Heart at 6/17/2011 09:53:00 PM 0 comment
Labels: Review Movie/Drama
Piknik tepi bendang
Bukan sekadar piknik makan simple2.. siap barbeque, lauk 4-5 jenis.. pehtu makan rebut ramai2.. waaa.. sedap hingga menjilat jari.
oh yer.. tgh bbq my ayam secret recipe tu (ceduk recipe my mom).. nyumm nyumm
Best kan makan dekat dgn bendang.. lepas kenyang gerenti bole kruhh kruhhhh
Posted by Heart at 6/17/2011 08:59:00 PM 0 comment
Labels: Makan Time