Kembalinya Pak Chaq.. Al- Fatihah..
Semalam kami sekeluarga dikejutkan dgn berita Pak Chaq I yg telah kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung. Mmg sgt x terjangka, sbb arwah sebelum ni tak pernah menunjukkan tanda sakit2 jantung. hmmm.. sebelum ni, I sekadar membaca beberapa kes yg terjadi contohnya pada arwah Shamrin Fotograf. For me, serangan jantung adalah sesuatu yg perlu kita risau.. x kira berapa pun usia kita, perlu jalani pemeriksaan kesihatan sebelum sesuatu yg x diingini berlaku.
Condition Mak Chaq I sgt laa x stabil pada ketika ini. Sudah laa di diagnose sbg pesakit kanser rahim peringkat awal.. terpaksa menjalani kemoterapi hingga menggugurkan rambut.. dgn keadaan yg sgt lemah, Mak Chaq perlu tempuhi jua dugaan kuat ini.. I doakan semoga Mak Chaq I kuat dan terus tabah.
Apa yg diceritakan oleh my mom, situasi yg menyayat hati bila Mak Chaq I ditahan di Hospital Alor Setar sebab perlu menjalani rawatan kemoterapi selama 3 hari. Selama 3 hari tu jugak laa Mak Chaq I x dpt berjumpa dgn Pak Chaq. Kali terakhir jumpa, bila Pak Chaq sendiri yg menghantar Mak Chaq ke Hospital. Kata2 terakhir Pak Chaq pada Mak Chaq " Ana (nama Mak Chaq).. jaga laa diri elok2.. maybe ni kali last abg jumpa Ana". Ingatkan sekadar jenaka serius dari Pak Chaq.. rupa2nya arwah Pak Chaq dah mula bagi petanda awal pemergiannya.
Lepas 3 hari, Mak Tam I yg tolong ambil Mak Chaq balik dari Hospital Alor Setar. Setibanya Mak Chaq di rumah gerak hati Mak Chaq sgt kuat utk berjumpa dgn Pak Chaq. Waktu tu arwah Pak Chaq tgh main bola di padang berdekatan rumah mereka. Disebabkan keadaan Mak Chaq sgt lemah, Mak Tam I advise suh tunggu di rumah jaa. Just few minutes later, Mak Chaq I received call yg Pak Chaq rebah di padang bola dan baru jaa meninggal dunia. I can't imagine her feeling dat time..
Situasi kedua bila anak kedua mereka Shahirah, yg tinggal di asmara sekolah dimaklumkan yg ayahnya sedang sakit lalu dibenarkan pulang. Bila sampai di rumah, Shahirah tertanya-tanya pada Mak Chaq.. "Kenapa mak nangis x berenti..? Ayah kan sakit jaa". Mak Chaq x dak kekuatan pun nk bgtau anaknya sendiri. Sedara terdekat laa yg mintak Shahirah byk bersabar sbb ayahnya dah kembali ke rahmatullah.. terus jer dia menangis teresak-esak sambil bertanya.. "Kenapa ayah tinggal Shahirah..? Kenapa x tunggu jumpa dia..?
Kadang2 pemergian mengejut seperti ni amat merobek jiwa.. tp sebagai Umat Islam.. kita perlu redha dan percaya.. Allah lebih menyayangi umatnya. Sampai masa kita semua bakal tempuhi situasi yg sama.. Kecil besar, tua muda, miskin kaya, sakit atau sihat.. bukan satu halangan.. Mati itu Pasti.. Hidup itu InsyaAllah..
Alfatihah buat arwah Pak Chaq.. Semoga roh nya di tempatkan di kalangan org2 beriman.. Amin
0 comment:
Post a Comment