Kenduri Kesyukuran
Khamis malam Jumaat, kami sekeluarga ada buat kenduri kecil2an di rumah. Jemputan pun xramai mana. Just jemput org2 surau dan adik beradik berdekatan di rumah jer.. so jangan ambil hati yer saper2 yg x dijemput..
Tujuan asal utk adakan sedikit kenduri arwah dan jugak kesyukuran. Ada cerita sebenarnya.. sebab my MIL, auntie and my SIL family terselamat dari kemalangan yg boleh meragut nyawa.
Kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad minggu lepas, waktu mereka on de way back from Bangi ke Kedah laa. Dari cerita yg diceritakan.. waktu tu hujan cuma berlaku di satu tempat jer (tempat kejadian – atas ckit dari Ipoh). Hujan pun x la lebat mana.. my BIL pun bukan laa memandu laju mcm F1 pun.. sekadar had yg ditetapkan.
Tiba2 ntah mcam mana kereta boleh slide (maybe terkena kawasan berair).. my BIL pun try to avoid his car from hitting the divider. Mungkin sbb kuasa tarikan/pusingan yg agak kuat. kereta tersebut memusing dan terhenti menghala ke arah yg bertentangan. Imagine if ada kereta yg laju dari arah belakang, mungkin boleh melanggar kereta mereka yg dlm keadaan berhenti pada masa tu. Scary kan..
Nasib baik la kejadian berlaku lebih kurang waktu selepas Asar, tho hujan.. kawasan tu masih lagi nampak cerah. My BIL terpaksa turun dari kereta dan mengisyaratkan pada kenderaan di belakang (di depan kereta yg terpusing) supaya memberhentikan kereta mereka buat sementara waktu. Diorang mana boleh simply nk turn balik kan.. takut nanti time nk pusing jer.. ada kereta yg x nampak boleh melanggar kereta mereka bila2 masa jer.
Dlm byk2 kereta yg berhenti tu ada jugak laa kereta2 yg terkebelakang berlaku perlanggaran. My BIL and family mmg x sempat la nk bertanyakan keadaan diorg.. sbb kalut nk buat U-turn balik.. then terus berlalu pergi. I boleh faham la situasi my BIL.. mungkin ada sedikit panic, terkejut, risau, ketaq dsb.
Feel sorry to those involved in the accident. Indirectly the caused is started from the incident happened to my in law’s family. But I guess that is y called accident.. we won’t know and predict when or how it’s gonna happen neither to avoid it.
Alhamdulillah sgt2.. semuanya selamat pulang ke destinasi tanpa sebarang kemalangan. Kenduri kecil ni pun sbg tanda syukur serta peringatan pada kami tentang apa yg terjadi.
0 comment:
Post a Comment