Thursday, January 27, 2011

New Obsession

Kenapa yer.. I sekejab tenggelam.. sekejab timbul di alam maya ni.. hmmmm...

Actually.. I dah dpt new obsesion la pulak.. adeii.. ni gara2 mengikut my BFF yg selalu menyinggah ke kedai buku laa.. Kalo asyik ke Giant tu mesti laa nk kena singgah ke Landmark.. kalo dah diorang pakat cbok membelek.. takkan I nk nganga cam tiang gol or pura2 jadi jurujual kat ctu kan.. kang ada yg dpt sekeh percuma.. hehe

So 1 day.. I gatal2 tangan membelek sinopsis sebuah novel then rasa itu semakin gatal lagi utk membeli. Tho xder larangan 'JGN BACA KALO X BELI' kat ctu.. but I still rasa malu2 alah.. kalo nk bertenggek baca lama2 sampai abis satu buku nk dibalun kan.. kan.. So, terbeli laa jugak aku ni.. adeiii.. bukannya terpengaruh dgn sinopsis citer yg biasa2 jer.. agaknya sbb kulit bukunya berwarna pink (kaler peberet), berserta judulnya 'Coklat, Bunga & Si Cupid' (semuanya I suka).

Pic credit to MPHonline yer..


Tadaaa... my 1st novel collection.. berhari2 jugak laa I ambik masa nk mengkhatam 1 buku ni.. mcm laa tahap bacaan aku lembab sgt mcm siput sedut.. haihhh.. yg sebetulnya.. I ni nk cari feel.. konon2nya nk membaca sambil berangan.. aku laa si watak utama dlm novel itu.. kalo nk duduk 1 tempat fokus membaca jer, alamat x makan laa org kat rumah kan. Karang ada lak kena buat novel tajuk 'Ibu Mertua ku mengamuk aku baca buku' kakakaa...

Bila semakin membaca.. rasa x bole nk masuk laa pulak dgn watak utama.. zaman remaja sudah berlalu kot.. Tho I ni perasan jugak sesuai jadi watak yg comel digilai 2-3 org Hero.. tp rasanya I x pulak mengada2 or tanpa sedar jadi 'Play Girl' (selalunya mmg sedar mencari pasal.. hehe) or x tegas nk buat keputusan. I sgt suka buat decision.. kalo x suka blahh jer laa.. apa yg nk terhegeh2 lagi kan.. iskkk.. Yg paling I boring.. part tamak.. org tamak kan selalu rugi.. haihhh...

Anyway.. novel ni ada elemen suka duka remaja.. dari zaman kolej, masuk ke alam dewasa (yg x berapa jugak dewasa) then timbul emosi sedih menyentuh usus perut & urat2 mata kasi nangis ckit buat drama.. seterusnya spt yg dijangka endingnya mesti yg happy2. Bole laa nk layan.. teringat zaman Alhadiat Akashah yg suka buat citer cenggini.

Layan ckit Sinopsis :
Tiga orang pemuda di hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bergaya mengisi kamar hati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan mentari indah. Apatah lagi wajahnya yang semirip Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara . Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.



2.5 star from me for this novel.. ada sesiapa berminat..?? sila ke kedai buku berhampiran yer..

: )

0 comment:

Belongs to..

A twenty something lady, who drives 45minutes to works everyday.. Proud to be wife to incredibly loving and supportive husband (Mr.Amin) and blessed with a lovely charming lil' prince (Darwisy).

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP