Al-Fatihah buat mereka
Sejak 30 August lalu kita dah dikejutkan dgn berita kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 org lagi yg keluar bersamanya.. such a shocking news… di kala umat Islam cbok menunaikan ibadah puasa dan sunnah, asyik dgn persiapan menyambut Hari Raya.. tiba2 jer terjadi kejadian spt ni.. terasa terkejut, sedih, simpati dan mcm2 laa dekat family Datuk Sosilawati ni..
Tho personally I x brapa suka sgt tgk Datuk Sosilawati ni.. but I still rasa dia salah seorang Anak Melayu yg Berjaya dan patut dibanggakan.. Dari perusahaan kecil2an dan akhirnya berkembang menjadi empayar berjuta2. Alhamdulillah dah rezeki dia mcm tu.. rezeki kita terpulang pada usaha dan doa kita la kan. Berapa kerat jer Melayu yg berjaya spt nya.. kalo yg PHD tu belambak laa..
Sedih sgt tgk keadaan anak2 nya.. mcmana laa nk terima khabar yg duka di saat2 semua umat meraikan Hari Raya dgn penuh gumbira.. Semoga Allah tabahkan hati mereka.. dan redha menerima pemergian hambaNya.
Zaman skrg manusia menjadi lebih kejam.. malah kejam dari binatang.. kebanyakkannya semakin tergelincir dari landasan.. hidup penuh keseronokan di atas kesengsaraan org lain. Takut sgt nk percaya dgn org2 zaman skrg ni.. jgn kan org yg tidak kita kenal atau baru kita kenal.. yg dah lama kita kenal pun.. belum tentu boleh dipercayai.. ramai sgt yg semakin tinggi PHD nya.. tikam menikam di belakang kita. Haihhhh...
I percaya pada hukum karma dan balasan Allah.. what goes around.. will come around.. x selalu nya kita berada di atas.. adakalanya kita turun ke bawah.. even adakalanya kita tersungkur terduduk tersembam terus.. then baru laa kita sedar tingginya langit.. Semakin rancak manusia melakukan dosa.. semakin byk kita nmpak kebesaraan yg Maha Esa.. segala2nya dibayar cash sementara di dunia lagi.. sedar laa wahai manusia durjana..
Al-Fatihah buat Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abd Karim (peguamnya), Noorhisham Mohammad (pegawai Bank) & Kamaruddin Shansuddin (pemandu peribadi). Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman. Dan semoga Allah memberi balasan setimpal buat manusia2 yg bersikap kejam, hati yg penuh dendam dan hasad dengki serta yg lupa akan kebesaran kuasaMu ya Allah.
Kalau hidup bertopengkan syaitan, kelak akan terjerumus melakukan dosa & noda.. Jika takbur dgn hati busuk kita.... jgn lupa ada yg memerhati kita.. Jika sombong dgn sikap durjana kita.. sampai masa akan ada balasan setimpalnya.. Sampai bila2 pun kita xdapat menutup kesalahan kita, walaupun sebesar zarah sbb Allah Maha mengetahui setiap tingkah makhluknya..Walau selamat dari hukum dunia, hukum Allah siapa pun tidak dapat mengelaknya Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi daripada sifat2 yg terkutuk.. Dan buat mereka2 yg tertutup pintu hatinya.. semoga Allah mengasihani mereka..
Tahniah & terima kasih atas kepantasan pihak polis Malaysia, jugak buat press2 yg x henti2 menghilite & mengupdate perkembangan terkini tentang kes ini. Walaupun I x terlibat langsung dgn mana2 keluarga mangsa.. but as salah sorang rakyat Malaysia yg prihatin.. wajar I ikuti dan doakan yg terbaik utk kesejahteraan rakyat dan Negara jugak…
** Lebih baik ikuti perkembangan semasa dari menjaga tepi kain org yg bukan2.. cari pasal x tentu pasal.. stupido..!!
0 comment:
Post a Comment